Thursday, October 15, 2009

rumusan kursus saya

akhirnya semester ini telah lepas. terima kasih banyak-banyak kepada pensyarah-pensyarah yang mengajar saya dalam semester ini. sebagai seorang mengajar dan diajar, saya agar faham situasi yang sukar ini. oleh itu , sekali lagi saya mengucapkan terima kasih atas berkorbanan pensyarah-pensyarah.
dalam semester ini, kuliah Dr. Normaliza merupakan kuliah yang paling saya takut. sebenarnya kuliah Dr. banyak praktikal dan saya sendiri adalah lebih gemar belajar atas praktikal akan tetapi peristiwa menyiapkan kerja kumpulan dan praktikal sampai larut malam memang peristiwa yang cukup pahit.
walaubagaimanapun, atas pengalaman pratikal ini, telah membolehkan saya menjawab soalan peperiksaan dengan mudah berbanding dengan kursus yang lain.
haraplah dapat keputusan yang baik.

Wednesday, October 14, 2009

hari terakhir

tolong jangan keliru, hari terakhir ini bukan hari kiamat atau apa-apa. hari ini cuma hari terakhir peperiksaaan akhir saya, akhirnya sudah sampai hari ini. semester ini memang semester paling siduk dan sukar bagi saya sepanjang 6 semester yang telah saya lalu. tetapi, hari ini ialah hari akhir, sekurang-kurangnya saya akan dapat bercuti selama 2 minggu. hehe! cuti 2 minggu.

Saturday, August 15, 2009

sajakku 1

Satu hari sata malam lagi
Kerja-kerja tidak boleh nanti
Tidak habis tidak boleh pergi
Cepat siap cepat pergi

Kerja saya kerjaku
Selesaikan secepat mungkin maklamatku
Bila siap siapa tahu
Walaubagaimanapun jangan tiru

Pantun dua-puluh ada
Teka-teki ada semua
Masa sudah tiba
Hantar kerja jom minum tea

Friday, August 14, 2009

rehat

selepas kesibukkan satu bulan itu sudah lalu, minggu ini ada sedikit masa untuk berehat. apa yang perlu saya buat? caralah rancangan untuk menyenorokkan diri. ini merupakan satu idea yang baik. baiklah, marilah rancangan.
selepas mesyuarat hari sabtu, sudah pukul 1 petang. mengajar beberapa orang pergilah menonton wayang. GI JOE dapat sambutan yang baik. lepas menonton wayang, pergi sushi makan malam. sudah lama tidak makan sushi. tentu sedap.pada hari ahad, bolehlah saya tidur sehingga sepuas-puasnya. dua-belas? atau lebih? lepas bangun, pergi shopping bersama keluarga. sudah lama tidak shopping bersama keluarga. malam boleh minum di mamak bersama kawan yang baru balik dari luar luar negeri. sudah lama tidak bersembang bersama mereka.
semua macam rancang dengan baiknya. nampak cantik sahaja. minggu depan ada ujian pertengahan lagi. sepas itu, kerkas kerja satu pun belum siap. mana satu perlu saya buat dulu . pening betul. tambahan lagi ada PTK lagi. macam tak tahu sahaja.
oleh itu, saya rasa kita tidak boleh terlalu melepaskan diri dalam kehidupan, walaupun adanya masa cuti atau rehat. saya pernah baca satu rencana bahawa orang yang hidup tidak adanya masa yang rehat atau cuti, anda akan berehat apabila sampai masanya(meninggal).
apakah pendapat kamu?

Friday, August 7, 2009

minggu yang sibuk

minggu ini memang satu minggu yang sibuk. banyak perkara yang perlu disiapkan dalam masa yang singkat. walaubagamanapun, kerja-kerja perlukan siap dalam tempoh yang ditetapkan.

kerja-kerja ini ada dari jabatan , ada dari runah. siapa akan tahu kesusahan itu.....

apa pun kerja perlu siap. EQ perlu tinggi untuk mengatasi segala masalah. segala rintangan ada untuk menguji kebolehan kita yang ada. jikalau kita dapat melepasi , makna kita telah mempertingkatkan "level" kita. dapat selesaikan masalah dan rintangan , tambahan dapat memajukna diri. kat baguskan.

pengurusan masa juga penting dalam masa kini. pengurusan masa dapat membantu banyak dalam pengurusan masalah dan menlepasi rintangan. dalam hal ini, saya telah mengunakan sepenuh usaha saya dalam menyelesaikan masalah . setiap minit dan saat, digunakan dengan sepenuhnya supaya saya dapat menyelesaikan kerja-kerja saya dengan bailk dan tepat pada masanya.

bantuan dari kawan jug abanyak membantu. oleh itu saya ingin berucapkan terima kasih kepada pihak-pihak atau siapa-siapa yang telah membantu dalam masa yang sengit ini. kalulah tiada bantuan tuan-tuan dan puan-puan , pasti saya tidak dapat selesaikannya dengan sempurna.

Saturday, May 2, 2009




Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.


Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi. Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak berkait.


Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat. Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat.


Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun. Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun.


Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:


Sebab pulut santan terasa,
Sebab mulut badan binasa.


Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja.


Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.


KANDUNGAN PANTUN MELAYU


Pembayang atau sampiran


Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.


Maksud atau isi


Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema).


Perkataan


Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.


Suku kata


Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.


Rima atau bunyi


Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.


Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh pantun yang baik :


Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,
Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,
Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/,
A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.


CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK


Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:


*
mengandungi 4 kerat/baris
*
jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan
*
jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata
*
ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah)
*
bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .
*
bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.
*
maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup
*
sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya.

Monday, April 27, 2009

tokoh bahasa


Za'ba (16 September 1895 - 23 Oktober 1973; nama penuh: Zainal Abidin bin Ahmad) merupakan seorang ahli bahasa yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan bahasa Melayu.

Dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan, beliau telah khatam Al-Quran ketika berusia tujuh tahun, menghafal Surah Yassin dan berzanji.

Za'ba mulai bersekolah ketika berusia 12 tahun di Sekolah Melayu Batu Kikir. Tidak lama selepas itu, Za'ba bertukar ke Sekolah Melayu Linggi untuk pengajian Arab dan Islam lanjut. Pada 1915, Za'ba berjaya tamat (Senior Cambridge), menjadi pemuda Melayu pertama dari Negeri Sembilan yang menamatkan tingkatan satu ke Senior Cambridge dalam tempoh enam tahun.

Za'ba mulai menulis dengan serius ketika berkhidmat sebagai guru sandaran di Johor Bahru pada tahun 1916. Rencana pertamanya berjudul "Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling" telah diterbitkan dua kali oleh Utusan Melayu. Kelebihan Za'ba adalah keupayaannya mengabung kesemua aspek dari bahasa, kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan, dan politik dalam penulisannya. Dia turut tekun menulis mengenai kemunduran orang Melayu yang menjadikan kerajaan koloni British syak. Sungguhpun aktiviti penulisannya ditahan, dia kekal aktif. Ketika berkhidmat di Kolej Latihan Sultan Idris, Za'ba memusatkan usahanya menggabung tatabahasa Arab dan Inggeris ke dalam Bahasa Melayu dang menggunakan aturan tatabahasa tersebut dalam penerbitan buku teks sekolah dan bahan bacaan umum.

Perkhawinan pertamanya pada 1917 tidak kekal tetapi dia mempunyai anak perempuan yang dibesarkannya. Za'ba kemudiannya berkahwin dengan Fatimah Umar. Za'ba meneruskan kerjaya penulisannya dengan menulis semula penulisan rencana keugamaannya untuk diterbitkan sebagai buku. Usaha pertamanya, Umbi Kemajuan diterbitkan pada 1932.

Za'ba turut aktif dalam khidmat masyarakat. Ini termasuk menjadi Penasihat Umum bagi Persaudaraan Sahabat Pena Malaya pada 1937, dan pada 1945 sebagai Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor. Pada tahun 1946, di kongres menentang pembentukan Malayan Union, dia dilantik sebagai ahli jawatankuasa bagi Jawatankuasa Penggubal Rang Piagam UMNO dan pada tahun yang sama dia menamatkan kerjaya politiknya selepas Piagam UMNO diterima dan diluluskan. Pada tahun 1947, dia mula berkhidmat sebagai pensyarah Bahasa Melayu di Universiti London. Di bersara daripada perkhidmatan kerajaan ketika berusia 55 tahun.

Khidmat Za'ba masih diperlukan dan pada tahun 1953 dia dilantik sebagai pensyarah senior di Jabatan Pengajian Melayu (Malay Study Department (JPM)) di Universiti Malaya, Singapore. Bersama dengan Ungku Aziz, dia mengatur pembentukan pertubuhan bahasa pelajar dan dua tahun kemudian pembentukan Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya.

Za'ba memduduki peperiksaan akhir kursus luar Universiti London dan menerima Master of Arts Second Class (Lower) ketika berusia 59 tahun. Za'ba menerima gelaran Pendeta sacara rasmi, dalam bentuk songkok pada 1956 dalam Kongres Penulisan dan Bahasa Melayu Ketiga di Johor Bahru. Semua titik peluh yang Za'ba curahkan kedalam hasil kerjanya adalah kerana dia mahu meletakkan bahasa Malay diperdana tanpa meminta penghormatan. Malah dia pernah menolak bintang penghormatan Pingat Manku Negara - yang membawa gelaran Dato', dan juga Bintang Kebesaran Brunei. Bagaimanapun pada tahun 1962, dia akhirnya bersetuju menerima anugerah Pingat Manku Negara yang membawa gelaran Tan Sri.

Za'ba telah dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan Bintang Panglima Mangku Negara (gelaran "Tan Sri"). Beliau juga mendapat Ijazah Doktor Kehormat Persuratan pada konvokesyen pertama Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1973

Za'ba dianggap sebagai peneroka tatabahasa Melayu, yang kabur ketika itu. Dia menyumbang dengan lebih lanjut apabila dia diberikan tanggungjawab untuk merancang kurikulum sekolah, sebagai penterjemah, pensyarah dan semasa era Jepun diberikan tanggungjawab bagi menulis buku yang boleh digunakan di Malaya dan Sumatera.

Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad atau Za'ba meninggal pada 23 Oktober 1973 ketika berusia 78.