Thursday, October 15, 2009

rumusan kursus saya

akhirnya semester ini telah lepas. terima kasih banyak-banyak kepada pensyarah-pensyarah yang mengajar saya dalam semester ini. sebagai seorang mengajar dan diajar, saya agar faham situasi yang sukar ini. oleh itu , sekali lagi saya mengucapkan terima kasih atas berkorbanan pensyarah-pensyarah.
dalam semester ini, kuliah Dr. Normaliza merupakan kuliah yang paling saya takut. sebenarnya kuliah Dr. banyak praktikal dan saya sendiri adalah lebih gemar belajar atas praktikal akan tetapi peristiwa menyiapkan kerja kumpulan dan praktikal sampai larut malam memang peristiwa yang cukup pahit.
walaubagaimanapun, atas pengalaman pratikal ini, telah membolehkan saya menjawab soalan peperiksaan dengan mudah berbanding dengan kursus yang lain.
haraplah dapat keputusan yang baik.

Wednesday, October 14, 2009

hari terakhir

tolong jangan keliru, hari terakhir ini bukan hari kiamat atau apa-apa. hari ini cuma hari terakhir peperiksaaan akhir saya, akhirnya sudah sampai hari ini. semester ini memang semester paling siduk dan sukar bagi saya sepanjang 6 semester yang telah saya lalu. tetapi, hari ini ialah hari akhir, sekurang-kurangnya saya akan dapat bercuti selama 2 minggu. hehe! cuti 2 minggu.

Saturday, August 15, 2009

sajakku 1

Satu hari sata malam lagi
Kerja-kerja tidak boleh nanti
Tidak habis tidak boleh pergi
Cepat siap cepat pergi

Kerja saya kerjaku
Selesaikan secepat mungkin maklamatku
Bila siap siapa tahu
Walaubagaimanapun jangan tiru

Pantun dua-puluh ada
Teka-teki ada semua
Masa sudah tiba
Hantar kerja jom minum tea

Friday, August 14, 2009

rehat

selepas kesibukkan satu bulan itu sudah lalu, minggu ini ada sedikit masa untuk berehat. apa yang perlu saya buat? caralah rancangan untuk menyenorokkan diri. ini merupakan satu idea yang baik. baiklah, marilah rancangan.
selepas mesyuarat hari sabtu, sudah pukul 1 petang. mengajar beberapa orang pergilah menonton wayang. GI JOE dapat sambutan yang baik. lepas menonton wayang, pergi sushi makan malam. sudah lama tidak makan sushi. tentu sedap.pada hari ahad, bolehlah saya tidur sehingga sepuas-puasnya. dua-belas? atau lebih? lepas bangun, pergi shopping bersama keluarga. sudah lama tidak shopping bersama keluarga. malam boleh minum di mamak bersama kawan yang baru balik dari luar luar negeri. sudah lama tidak bersembang bersama mereka.
semua macam rancang dengan baiknya. nampak cantik sahaja. minggu depan ada ujian pertengahan lagi. sepas itu, kerkas kerja satu pun belum siap. mana satu perlu saya buat dulu . pening betul. tambahan lagi ada PTK lagi. macam tak tahu sahaja.
oleh itu, saya rasa kita tidak boleh terlalu melepaskan diri dalam kehidupan, walaupun adanya masa cuti atau rehat. saya pernah baca satu rencana bahawa orang yang hidup tidak adanya masa yang rehat atau cuti, anda akan berehat apabila sampai masanya(meninggal).
apakah pendapat kamu?

Friday, August 7, 2009

minggu yang sibuk

minggu ini memang satu minggu yang sibuk. banyak perkara yang perlu disiapkan dalam masa yang singkat. walaubagamanapun, kerja-kerja perlukan siap dalam tempoh yang ditetapkan.

kerja-kerja ini ada dari jabatan , ada dari runah. siapa akan tahu kesusahan itu.....

apa pun kerja perlu siap. EQ perlu tinggi untuk mengatasi segala masalah. segala rintangan ada untuk menguji kebolehan kita yang ada. jikalau kita dapat melepasi , makna kita telah mempertingkatkan "level" kita. dapat selesaikan masalah dan rintangan , tambahan dapat memajukna diri. kat baguskan.

pengurusan masa juga penting dalam masa kini. pengurusan masa dapat membantu banyak dalam pengurusan masalah dan menlepasi rintangan. dalam hal ini, saya telah mengunakan sepenuh usaha saya dalam menyelesaikan masalah . setiap minit dan saat, digunakan dengan sepenuhnya supaya saya dapat menyelesaikan kerja-kerja saya dengan bailk dan tepat pada masanya.

bantuan dari kawan jug abanyak membantu. oleh itu saya ingin berucapkan terima kasih kepada pihak-pihak atau siapa-siapa yang telah membantu dalam masa yang sengit ini. kalulah tiada bantuan tuan-tuan dan puan-puan , pasti saya tidak dapat selesaikannya dengan sempurna.

Saturday, May 2, 2009




Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.


Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi. Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak berkait.


Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat. Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat.


Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun. Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun.


Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:


Sebab pulut santan terasa,
Sebab mulut badan binasa.


Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja.


Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.


KANDUNGAN PANTUN MELAYU


Pembayang atau sampiran


Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.


Maksud atau isi


Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema).


Perkataan


Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.


Suku kata


Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.


Rima atau bunyi


Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.


Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh pantun yang baik :


Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,
Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,
Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/,
A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.


CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK


Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:


*
mengandungi 4 kerat/baris
*
jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan
*
jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata
*
ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah)
*
bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .
*
bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.
*
maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup
*
sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya.

Monday, April 27, 2009

tokoh bahasa


Za'ba (16 September 1895 - 23 Oktober 1973; nama penuh: Zainal Abidin bin Ahmad) merupakan seorang ahli bahasa yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan bahasa Melayu.

Dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan, beliau telah khatam Al-Quran ketika berusia tujuh tahun, menghafal Surah Yassin dan berzanji.

Za'ba mulai bersekolah ketika berusia 12 tahun di Sekolah Melayu Batu Kikir. Tidak lama selepas itu, Za'ba bertukar ke Sekolah Melayu Linggi untuk pengajian Arab dan Islam lanjut. Pada 1915, Za'ba berjaya tamat (Senior Cambridge), menjadi pemuda Melayu pertama dari Negeri Sembilan yang menamatkan tingkatan satu ke Senior Cambridge dalam tempoh enam tahun.

Za'ba mulai menulis dengan serius ketika berkhidmat sebagai guru sandaran di Johor Bahru pada tahun 1916. Rencana pertamanya berjudul "Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling" telah diterbitkan dua kali oleh Utusan Melayu. Kelebihan Za'ba adalah keupayaannya mengabung kesemua aspek dari bahasa, kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan, dan politik dalam penulisannya. Dia turut tekun menulis mengenai kemunduran orang Melayu yang menjadikan kerajaan koloni British syak. Sungguhpun aktiviti penulisannya ditahan, dia kekal aktif. Ketika berkhidmat di Kolej Latihan Sultan Idris, Za'ba memusatkan usahanya menggabung tatabahasa Arab dan Inggeris ke dalam Bahasa Melayu dang menggunakan aturan tatabahasa tersebut dalam penerbitan buku teks sekolah dan bahan bacaan umum.

Perkhawinan pertamanya pada 1917 tidak kekal tetapi dia mempunyai anak perempuan yang dibesarkannya. Za'ba kemudiannya berkahwin dengan Fatimah Umar. Za'ba meneruskan kerjaya penulisannya dengan menulis semula penulisan rencana keugamaannya untuk diterbitkan sebagai buku. Usaha pertamanya, Umbi Kemajuan diterbitkan pada 1932.

Za'ba turut aktif dalam khidmat masyarakat. Ini termasuk menjadi Penasihat Umum bagi Persaudaraan Sahabat Pena Malaya pada 1937, dan pada 1945 sebagai Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor. Pada tahun 1946, di kongres menentang pembentukan Malayan Union, dia dilantik sebagai ahli jawatankuasa bagi Jawatankuasa Penggubal Rang Piagam UMNO dan pada tahun yang sama dia menamatkan kerjaya politiknya selepas Piagam UMNO diterima dan diluluskan. Pada tahun 1947, dia mula berkhidmat sebagai pensyarah Bahasa Melayu di Universiti London. Di bersara daripada perkhidmatan kerajaan ketika berusia 55 tahun.

Khidmat Za'ba masih diperlukan dan pada tahun 1953 dia dilantik sebagai pensyarah senior di Jabatan Pengajian Melayu (Malay Study Department (JPM)) di Universiti Malaya, Singapore. Bersama dengan Ungku Aziz, dia mengatur pembentukan pertubuhan bahasa pelajar dan dua tahun kemudian pembentukan Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya.

Za'ba memduduki peperiksaan akhir kursus luar Universiti London dan menerima Master of Arts Second Class (Lower) ketika berusia 59 tahun. Za'ba menerima gelaran Pendeta sacara rasmi, dalam bentuk songkok pada 1956 dalam Kongres Penulisan dan Bahasa Melayu Ketiga di Johor Bahru. Semua titik peluh yang Za'ba curahkan kedalam hasil kerjanya adalah kerana dia mahu meletakkan bahasa Malay diperdana tanpa meminta penghormatan. Malah dia pernah menolak bintang penghormatan Pingat Manku Negara - yang membawa gelaran Dato', dan juga Bintang Kebesaran Brunei. Bagaimanapun pada tahun 1962, dia akhirnya bersetuju menerima anugerah Pingat Manku Negara yang membawa gelaran Tan Sri.

Za'ba telah dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan Bintang Panglima Mangku Negara (gelaran "Tan Sri"). Beliau juga mendapat Ijazah Doktor Kehormat Persuratan pada konvokesyen pertama Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1973

Za'ba dianggap sebagai peneroka tatabahasa Melayu, yang kabur ketika itu. Dia menyumbang dengan lebih lanjut apabila dia diberikan tanggungjawab untuk merancang kurikulum sekolah, sebagai penterjemah, pensyarah dan semasa era Jepun diberikan tanggungjawab bagi menulis buku yang boleh digunakan di Malaya dan Sumatera.

Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad atau Za'ba meninggal pada 23 Oktober 1973 ketika berusia 78.

tokoh negara



Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung.

Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16 September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan Singapura yang menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP pada waktu itu, diperlihatkan sebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada pengundi-pengundi di Malaya. Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba membentukkan sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di sana. Sebagai gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian (sila lihat Hubungan PAP-UMNO. Ini membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak supaya Singapura meninggalkan Malaysia.

Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bahawa Parliamen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada Persekutuan. Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih untuk "memutuskan semua pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempertunjukkan sebarang kesetiaan kepada Kerajaan Pusat" berbanding kaedah yang tidak diingini untuk menindas tindakan PAP. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965.

Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang memperkumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian digantikan dengan perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), pada 8 Ogos 1967.

Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat. Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan MAGERAN, sebuah jawatan kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan darurat.

Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 September 1970, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang terdiri daripada penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

malaysiaku negaraku




Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan di Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui Selat Melaka. Banyak kerajaan awal wujud pada abad ke-10 berasal daripada bandar pelabuhan. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, serta Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis, Belanda dan Britain untuk mewujudkan petempatan atau koloni di Selat Melaka.

Petempatan selat koloni diraja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan selat ini terdiri dari Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan kongsi gelap Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri-negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri-negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Melayu Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu berada di bawah kuasa Thailand.

Di Borneo pula, Borneo Utara Britain dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu (sekarang Sabah) ditabalkan sebagai Koloni Diraja British, manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke. Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, sokongan untuk kemerdekaan semakin kuat. Apabila Britain mahu mewujudkan Malayan Union selepas perang berakhir, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-Melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk Semenanjung Tanah Melayu diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa penyertaan Singapura.

Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei yang kecewa kerana sultan mereka tidak disenarai dalam bakal Yang Di-Pertuan Agong. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan Sabah oleh Filipina. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan rusuhan kaum terjadi pada 1969.

Kini Malaysia masih lagi mempunyai beberapa masalah dengan jirannya seperti masalah penambakan tanah oleh Singapura dan isu harga air. Dengan Indonesia juga terdapat sedikit perselisihan mengenai pemberian konsesi carigali minyak di perairan Sabah serta masalah pekerja asing tanpa izin (PATI). Namun segala masalah tersebut dirundingkan secara aman dengan semangat setiakawan. Tambahan lagi, rakyat Malaysia dan jiran-jirannya berasal dari rumpun yang sama. Terutamanya dengan rakyat Indonesia, Malaysia telah banyak menjalin ikatan dengan rakyat di negara itu.

pulau bali yang cantik




Bali, juga dikenali sebagai Pulau Dewata, ialah sebuah pulau di Indonesia yang terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok. Bali terkenal sebagai destinasi pelancongan, khususnya bagi orang Jepun dan Australia.

Pulau Bali yang merupakan sebahagian Kepulauan Sunda Kecil mempunyai keluasan sepanjang 153 kilometer dengan lebar 112 kilometer. Terletak pada garisan lintang selatan 8°, kedudukan ini menyebabkan Bali beriklim tropika sebagaimana dengan kawasan-kawasan Indonesia yang lain.

Gunung Agung setinggi 3,148 meter ialah titik yang tertinggi di Bali. Gunung berapi ini meletup terakhir kali pada Mac 1963. Gunung Batur merupakan lagi sebuah gunung di pulau ini. Sekitar 30,000 tahun dahulu, Gunung Batur meletus dan mengakibatkan bencana yang dahsyat. Berbeza dengan bahagian utara, bahagian selatan Bali ialah dataran rendah yang dialiri sungai-sungai.

Ibu kota Bali ialah kota Denpasar, manakala kota Ubud merupakan pusat kesenian. Destinasi pelancongan yang utama di Bali termasuk Kuta, Sanur, Seminyak, Jimbaran dan Nusa Dua.

Penghuni-penghuni pertama di pulau Bali dipercayai merupakan penghijrah-penghijrah dari Asia yang datang pada 2500 SM. Zaman prasejarah kemudian berakhir dengan kedatangan orang-orang Hindu dari India pada 100 SM.

Pada zaman kerajaan Majapahit, hampir seluruh nusantara beragama Hindu. Namun seiring dengan datangnya Islam, berdirilah kerajaan Islam di nusantara yang menyebabkan keruntuhan Majapahit sekitar tahun 1500. Kebanyakan orang Hindu datang dari Pulau Jawa.

Penjelajah Eropah pertama yang menemui Bali ialah Cornelis de Houtman dari Belanda pada 1597. Melalui Syarikat Hindia Timur Belanda (Vereenigde Oostindische Compagnie), Belanda kemudian menjajah Bali, dan mencetuskan perang yang melibatkan seluruh rakyat, baik lelaki mahupun perempuan, termasuk rajanya.

Sejak penubuhan Republik Indonesia, Bali telah menjadi sebahagian negara tersebut.

Wednesday, April 15, 2009

kepada pengunjung

sila tinggalkan komen dan cadangan untuk menyepurnakan blog ini.
terima kasih

Hadiah penyapu


Jika "anugerah penyapu" juga ingin diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tercorot di Selangor, Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) kali ini layak menerima "piala pusingan" tersebut.

Majlis daerah itu berada di kedudukan paling bawah daripada 12 PBT apabila mendapat 50.85 mata sahaja dan masuk kategori "dua bintang" dalam penilaian terkini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

"Anugerah penyapu" disampaikan penghujung 2007 oleh menteri besar waktu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo kepada Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) - kontroversi yang dikatakan antara punca kekalahan BN di tangan pembangkang pada Mac tahun lalu.

Selain MDSB, MDHS dan Majlis Daerah Kuala Selangor juga tergolong dalam kategori sama dengan markah masing-masing 58.80 mata dan 52.75 mata.

Manakala Majlis Perbandaran Subang Jaya pula muncul sebagai PBT terbaik, dalam kategori lima bintang, dengan markah 84.40 mata.

Sistem baru kementerian yang berkuatkuasa 1 April bertujuan menggredkan prestasi PBT di seluruh negara antara satu bintang (paling buruk) sehingga lima bintang (paling baik).

Sistem penilaian bintang PBT ini melihat aspek-aspek pengurusan (30%), perkhidmatan teras (35%), pengurusan pelanggan (15%) serta penyertaan dan pandangan penduduk setempat (20%).

Exco kerajaan tempatan Ronnie Liu mengumumkan keputusan pencapaian PBT negeri itu dalam sidang media selepas mesyuarat exco di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam petang tadi.

cuti mari melancong cuticuti malaysia





Badan Kehakiman Malaysia


Kuasa dan Fungsi Kehakiman

Kehakiman merupakan satu daripada tiga badan penting dalam struktur pemerintahan di Malaysia. Badan kehakiman bertanggungjawab dalam men¬jalankan kuasa-kuasa kehakiman. Badan kehakiman juga berperanan sebagai pelindung hak-hak asasi manusia daripada sebarang pencabulan oleh orang perseorangan atau pihak kerajaan.Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa kuasa membicara, me¬nyelesaikan pertikaian dan menghukum pesalah terletak dalam kuasa badan kehakiman yang dilaksanakan oleh pihak mahkamah.

Bagi membolehkan mahkamah berfungsi secara bebas, terdapat beberapa peruntukan dalam perlembagaan yang menjamin kebebasan mahkamah supaya tidak dikawal oleh badan perundangan atau eksekutif Kuasa kehakiman di Malaysia terletak pada dua buah Mahkamah Tinggi dan beberapa mahkamah rendah. Kedua-dua Mahkamah Tinggi itu ialah Mahkamah Tinggi Malaya bagi Semenanjung Malaysia dan Mahkamah Tinggi Borneo di Sabah dan Sarawak. Kedua-dua Mahkamah Tinggi ini mempunyai kedudukan yang setaraf.
Mahkamah mempunyai bidang kuasa yang besar dalam bidang perundangan dan eksekutif, iaitu kuasa mentafsir perlembagaan dan undang-undang, kuasa mengisytiharkan sesuatu undang-undang persekutuan clan undang-undang negeri tidak sah dan batal dan kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah dan batal di sisi undang-undang. Menurut pindaan Perlembagaan Persekutuan yang dibuat pada tahun 1988, kuasa kehakiman tidak lagi berada secara eksklusif kepada pihak mahkamah. Sebaliknya, kuasa mahkamah tertakluk kepada peruntukan dalam undang¬undang persekutuan. Kuasa untuk menetapkan tempat atau mahkamah bagi perbicaraan sesuatu kes kini terletak pada Peguam Negara. Sebelum pindaan ini, kuasa memindahkan tempat bagi perbicaraan sesuatu kes berada pada pihak mahkamah sendiri.

Walau bagaimanapun, kuasa mentafsir sesuatu undang-undang masih terletak pada pihak mahkamah. Sepanjang menjalankan tugas mereka, para hakim tertakluk kepada Kod Etika Hakim yang diperkenalkan pada tahun 1994. Perkara 125 (3A), Per¬lembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong atas syor Ketua Hakim Negara, Presiders Mahkamah Rayuan clan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi setelah berunding dengan Perdana Menteri

Perlantikan Hakim

Ketua Hakim Negara merupakan ketua badan kehakiman di Malaysia. Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi serta hakim-hakim lain bagi Mahkamah Persekutuan dan makamah Tinggi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Sebelum memberi nasihat tentang perlantikan seseorang hakim, Perdana Menteri perlu meminta pandangan Ketua Hakim Negara. Begitu juga lantikan seseorang Hakim Besar, Perdana Menteri perlu berunding derma Hakim-hakim Besar yang sedia. Sekiranya perlantikan itu bagi Mahkamah Tinggi Borneo, Perdana Menteri perlu meminta pandangan daripada Ketua Menteri Sabah clan Sarawak. Yang di-Pertuan Agung atas nasihat Ketua Hakim Negara juga melantik Pesuruhjaya-pesuruhjaya Kehakiman sepenuh masa atau sambilan yang mempunyai kuasa yang sama seperti Hakim Mahkamah Tinggi. Ini bertujuan untuk meringankan beban kuasa Mahkamah Tinggi.

Hakim-hakim memegang jawatan sehingga mencapai umur persaraan 65 tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan, tetapi tidak melebihi enam bulan selepas seseorang hakim itu mencapai umur 65 tahun. Walau bagaimanapun sebelum mencapai umur tersebut, seseorang hakim boleh meletakkan jawatannya secara sukarela.

Seseorang hakim tidak boleh dilucutkan jawatannya, kecuali atas perakuan sebuah tribunal yang ditubuhkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Tribunal itu diketuai oleh Ketua Hakim Negara dan dianggotai oleh sekurang-kurangnya lima orang hakim atau bekas hakim Malaysia atau negara-negara Komanwel yang akan menjalankan siasatan clan membuat laporan serta saranan tentang perlucutan jawatan itu.
Prosedur ini memperlihatkan bahawa perlucutan jawatan hakim tidak boleh dilakukan dengan mudah. Sebaliknya, sama ada tindakan itu boleh diambil atau tidak bergantung pada laporan clan perakuan yang dibuat oleh sebuah tribunal yang dianggotai oleh hakim-hakim atau bekas hakim.


Mahkamah-mahkamah Awam di Malaysia

Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah tertinggi dan mahkamah rayuan yang muktamad di Malaysia. Sebelum 24 Jun 1994, Mahkamah Persekutuan dikenali sebagai Mahkamah Agong yang ditubuhkan untuk mengambil alih bidang kuasa Privy Council di London dalam memutuskan kes-kes rayuan.
Sebelum 1 Januari 1978, semua keputusan Mahkamah Persekutuan bagi kes-kes jenayah boleh dirayu kepada Privy Council. Sementara bagi kes-kes sivil, semua rayuan ke Privy Council ditamatkan mulai 1 Januari 1985. Mahkamah Persekutuan ditubuhkan mengikut peruntukan Perkara 121, perlembagaan Persekutuan. Mahkamah ini merupakan mahkamah rayuan yang terakhir dan segala keputusannya adalah muktamad dan berbentuk pengisytiharan.

Mahkamah Persekutuan dianggotai oleh Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Borneo serta tujuh orang hakim lain. Mahkamah Persekutuan biasanya bersidang dalam panel yang mengandungi tiga orang hakim (dalam angka ganjil) yang dipilih oleh Ketua Hakim Negara.
Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa untuk

Mendengar dan menentukan rayuan kes-kes jenayah dan sivil terhadap keputusan Mahkamah Tinggi
Menentukan rayuan perkara undang-undang yang mempunyai kepentingan umum dalam kes-kes jenayah daripada Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi
Menentukan hujah undang-undang yang dirujuk oleh Mahkamah Tinggi bagi menjalankan kuasa pengadilan jenayah asalnya
Menentukan kesah undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
Memutuskan pertikaian antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat atau pertikaian antara kerajaan negeri
Menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam menguatkuasakan mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan

bola keranjanag






Teori tanggung jawab sosial


Teori tanggung jawab social berasal dari inisiatif orang Amerika — Komisi Ke¬bebasan Pers atau the Commission on Freedom of the Press (Hutchins, 1947). Pendorongnya yang utama adalah tumbuhnya kesedaran bahawa dalam hal-hal tertentu yang penting. Pasar bebas telah gagal untuk memenuhi janji akan ke¬bebasan pers dan untuk menyampaikan maklumat yang diharapkan bagi masya¬rakat. Secara khusus, perkembangan teknologi dan perdagangan pers dikata¬kan telah menyebabkan kurangnya kesempatan akses bagi orang-orang dan berbagai kelompok Berta rendahnya stander prestasi dalam upaya memenuhi kebutuhan informasi, sosial, dan moral dari masyarakat. Hal itu juga dipan¬dang telah meningkatkan kekuasaan kelas tertentu. Pada saat yang sama, munculnya media radio dan film yang baru dan tampaknya sangat berpengaruh telah menunjukkan adanya kebutuhan akan jenis pengendalian, publik tertentu dan sarana yang sesuai bagi media cetak yang telah lama mapan dan terorgani¬sasi secara profesional.

Teori tanggung jawab sosial dapat diterapkan secara luas, kerana ia meliput beberapa jenis media cetak privat dan lembaga siaran publik, yang dapat dipertanggungjawabkan melalui berbagai bentuk prosedur demokratis pada masya¬rakat. Dengan demikian, teori ini harus mengawinkan kemandirian dengan ke¬wajiban terhadap masyarakat. Landasannya yang utama adalah: asumsi bahwa media melakukan fungsi yang esensial dalam masyarakat, khususnya dalam hubungannya dengan politik demokrasi; pandangan bahwa media seyogyanya menerima kewajiban untuk melakukan fungsi itu — terutama dalam lingkup informasi, dan penyediaan mimbar bagi berbagai pandangan yang berbeda; penekanan pada kemandirian media secara maksimum, konsisten dengan kewajibannya kepada masyarakat; penerimaan pandangan bahawa ada stander prestasi tertentu dalam karya media yang dapat dinyatakan dan seyogyanya dipedomani. Singkatnya, pemilikan dan pengendalian media hendaknya dipandang sebagai jenis pekerjaan pengurusan, bukan sebagai hak perdata, dan ada pergeseran nyata yang menjauh dari relativisme karakteristik dasar teori kebebasan pers dan dari optimisme bahwa "pasar bebas gagasan" benar-benar dapat memenuhi tuntutan maslahat individual dan sosial untuk kepentingan¬nya sendiri.

Dapat dilihat bahawa teori tanggung jawab sosial harus berusaha mengawin¬kan tiga prinsip yang agak berbeda: prinsip kebebasan dan pilihan individual; prinsip kebebasan media; dan prinsip kewajiban media terhadap masyarakat. Boleh dikatakan tidak mungkin ada satu-satunya cara mengatasi kemungkinan ketidakkonsistenan itu, tetapi teori ini memitiki dua bentuk penanggulangan utama yang lebih disukai. Pertama adalah pengembangan lembaga publik, te¬tapi mandiri, untuk mengelola siaran, pengembangan mana pada gilirannya telah sangat berpengaruh untuk meningkatkan cakupan dan kekuatan politis dari konsep tanggung jawab sosial. Kedua adalah pengembangan profesionalis¬me lebih lanjut sebagai sarana untuk mencapai standar prestasi yang lebih tinggi, pada saat yang sama mempertahankan pengaturan oleh media sendiri.

Ciri lembaga publik baru untuk siaran yang paling memiliki andil dalam merujukkan ketiga prinsip di atas adalah penekanannya pada kenetralan dan keseimbangan dalam hubungannya dengan pemerintah dan hal-hal yang menyangkut kontroversi masyarakat dan pencakupan mekanisme untuk meningkatkan daya tanggap media yang relevan terhadap tuntutan audiensnya. Berita bertanggung gugat kepada masyarakat atas aktivitas yang dilakukan. juga ter¬jadi bahwa profesionalisme didorong oleh teori tanggung jawab sosial yang tidak hanya mencakup, penekanan pada standar prestasi yang tinggi tetapi juga pada hakikat "keseimbangan" tertentu dan kenetralan yang paling berkem¬bang dalam media siaran.

Pengaruh siaran sebagai pengungkapan praktis dari teori tanggung jawab sosial atas pers yang dimiliki secara pribadi telah diperlihatkan oleh semakinmeningkatnya kehendak pemerintah untuk merenungkan atau melakukan aktivitas yang secara formal bertentangan dengan prinsip pers bebas. Ini menca¬kup berbagai bentuk intervensi hukum dan anggaran yang dirancang untuk mencapai tujuan sosial yang positif atau untuk membatasi dampak tekanan dan kecenderungan pasar. Upaya ini menampakkan wujudnya dalam bebera¬pa bentuk: kode etik jurnalistik; pengaturan periklanan; peraturan antimono¬poli; pembentukan dewan pers; tinjauan berkala oleh komisi pengkajian; peng¬kajian perlementer; sistem subsidi pers (Smith, 1977).

Prinsip utama teori tanggung jawab sosial sekarang dapat disajikan sebagai berikut:

~ Media seyogyanya menerima dan memenuhi kewajiban tertentu kepada masyarakat.
~ Kewajiban tersebut terutama dipenuhi dengan menetapkan standar yang tinggi atau profesional tentang keinformasian, kebenaran, ketepatan, obyektivitas, dan keseimbangan.
~ Dalam menerima dan menerapkan kewajiban tersebut, media seyogyanya dapat mengatur diri sendiri di dalam kerangka hukum dan lembaga yang ada.
~ Media seyogyanya menghindari segala sesuatu yang mungkin menimbul¬kan kejahatan, kepusakan 'atau ketidaktertiban umum atau penghinaan terhadap minoritas etnik atau agama.
~ Media secara keseluruhan hendaknya bersifat pluralis dan mencerminkan kebihinekaan masyarakatnya, dengan memberikan kesempatan yang sama untuk mengungkapkan berbagai sudut pandang dan hak untuk menjawab.
~ Masyarakat dan publik, berdasarkan prinsip yang disebut pertama, me¬miliki hak untuk mengharapkan standar prestasi yang tinggi dan intervensi dapat dibenarkan untuk mengamankan kepentingan umum.
~ Wartawan dan media profesional seyogyanya bertanggung jawab terhadap masyarakat dan juga kepada majikan serta pasar.

Types of aquaculture

Algaculture
Algaculture is a form of aquaculture involving the farming of species of algae. The majority of algae that are intentionally cultivated fall into the category of microalgae, also referred to as phytoplankton, microphytes, or planktonic algae.
Macroalgae, commonly known as seaweed, also have many commercial and industrial uses, but due to their size and the specific requirements of the environment in which they need to grow, they do not lend themselves as readily to cultivation on a large scale as microalgae and are most often harvested wild from the ocean.
Fish farming
Fish farming is the principal form of aquaculture, while other methods may fall under mariculture. It involves raising fish commercially in tanks or enclosures, usually for food. A facility that releases juvenile fish into the wild for recreational fishing or to supplement a species' natural numbers is generally referred to as a fish hatchery. Fish species raised by fish farms include salmon, catfish, tilapia, cod, carp, trout and others.
Increasing demands on wild fisheries by commercial fishing operations have caused widespread overfishing. Fish farming offers an alternative solution to the increasing market demand for fish and fish protein.

Freshwater prawn farming
A freshwater prawn farm is an aquaculture business designed to raise and produce freshwater prawn or shrimp for human consumption. Freshwater prawn farming shares many characteristics with, and many of the same problems as, marine shrimp farming. Unique problems are introduced by the developmental life cycle of the main species (the giant river prawn, Macrobrachium rosenbergii).[3]
Mariculture
Mariculture is a specialized branch of aquaculture involving the cultivation of marine organisms for food and other products in the open ocean, an enclosed section of the ocean, or in tanks, ponds or raceways which are filled with seawater. An example of the latter is the farming of marine fish, prawns, or oysters in saltwater ponds. Non-food products produced by mariculture include: fish meal, nutrient agar, jewelries (e.g. Cultured pearls), and cosmetics.
Shrimp farming
A shrimp farm is an aquaculture business for the cultivation of marine shrimp for human consumption. Commercial shrimp farming began in the 1970s, and production grew steeply, particularly to match the market demands of the U.S., Japan and Western Europe. The total global production of farmed shrimp reached more than 1.6 million tonnes in 2003, representing a value of nearly 9,000 million U.S. dollars. About 75% of farmed shrimp is produced in Asia, in particular in China and Thailand. The other 25% is produced mainly in Latin America, where Brazil is the largest producer. The largest exporting nation is T

bahasa melayu ku

PENGENALAN

Dasar pendidikan Malaysia telah menjadikan bahasa Melayu ( Bahasa Malaysia ) wajib bagi semua murid serta penghantar di sekolah–sekolah kebangsaan. Dengan cara ini, bahasa Melayu menjadi bahasa utama di sekolah dan bahasa perantaran berbagai-bagai kaum yang menjadi rakyat Malaysia. Ini bererti bahasa Melayu memainkan peranan sebagai alat untuk menyatukan rakyat Malaysia.

Tetapi bahasa Melayu mempunyai peranan yang amat berat, iaitu bahasa yang diharap dapat menjadi asas perpaduan rakyat. Lebih dari itu bahasa Melayu juga mempunyai beban yang lebih berat, iaitu bertugas sebagai alat untuk saluran ilmu, asas bagi pembinaan taraf kecendikaan penuturnya; dengan kata lain, bahasa ilmu.

Bahasa ilmu dimaksudkan bahasa yang menjadikan saluran pernyataan ilmu pengetahuan, alat untuk membicarakan buah fikiran dan perasaan dengaan tepat dan berkesan. Bahasa ilmu juga ialah bahasa yang digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi-institusi pengajiaa tinggi, bahasa buku teks dan tulisan-tulisan ilmiah yang lain, bahasa laporan dan penghujahan buah fikiran yang bernas , serius dan tinggi sifatnya.
Istilah ilmu itu sendiri sudah membawa gambaran tentang ciri-cirinya, kerana bahasa ilmu tidak lagi dan tidak bukan daripada bahasa yang digunakan untuk memperkatakan ilmu pengetahuaan, bahasa untuk menghujahkan buah fikiran yang tinggi-tinggi dan kompleks. Dengan kata lain, bahasa intelektual, bahasa yang mempunyai unsur kecendekiaan.

Tahun keramat 1983, iaitu saat bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar semua kursus tahun pertama pusat pengajian tinggi. Para pensyarah dan mahasiswa daripada semua keturunan sudah dapat berbicara secara ilmiah dengan perantaraan bahasa Melayu.
Kertas kerja ini akan membincangkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Kajian ini dibahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama membincangkan keistimewaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahagian kedua pula membincangkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam sistem pendidikan Malaysia.

Bahagian pertama membincangkan keistimewaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dari tiga sudut iaitu dari segi jumlah penutur, sistem tulisan dan tatabahasa manakala bahagian kedua pula membincangkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam sistem pendidikan Malaysia(sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi), dan cabaran dan masalah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di Malaysia.

Keistimewaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

Hari ini bahasa Melayu sudah mencapai kedudukan yang tinggi sebagai bahasa moden, iaitu sebagai bahasa ilmiah, bahasa kebudayaan dan bahasa kesusasteraan yang bermutu tinggi.

Dasar bahasa kebangsaan bagi negara ini dapat dirumuskan sebagai pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan '. (Nik Safiah Karim dan Awang Sariyan, 1986). Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 Fasal I (a), Fasal (3), Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67(Seksyen 2 dan Seksyen 6). Seterusnya, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu melalui Dasar Pendidikan Negara.

Sejak tahun 1981, semua peringkat persekolahan menggunakan bahasa Melayu, iaitu dari darjah satu, sekolah rendah hingga ke tingkatan enam. Pada tahun 1983, semua kursus tahun pertama di universit-universiti setempat disampaikan dalam bahasa Melayu. Namun, untuk melengkapkan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, maka bahan penyampaian dan `perisian' ilmu itu sendiri seharusnya dalam bahasa Melayu, walaupun kita tidak menolak ilmu yang ditulis dalam bahasa lain.
Bahasa Melayu dapat mencapai kewibawaan ini adalah bahawa bahasa Melayu mempunyai sifat-sifat keistimewaan yang tidak dapat ditandingi. Keistimewaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu boleh dikaji dari 3 sudut iaitu dari segi jumlah penutur, sistem tulisan dan tatabahasa.

Ternyata bahawa dari segi jumlah penuturannya, bahasa Melayu cukup kuat, kira-kira sama kuatnya dengan bahsa Perancis yang sudah hampir mencapai 200 juta orang penutur yang mendiami kira-kira 30 bauah negara. Dari segi jumlah negara yang memakainya sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan pula, bahasa Melayu termasuk dalam bahasa yang kuat kerana dipakai oleh empat buah negara iaiutu Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Di kawasan Asia Pasifik, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris menduduki tempat tertinggi dari segi jumlah negara pemakainya.

Sistem tulisan

Jika dilihat dari segi sistem tulisan, bahasa Melayu termasuk bahasa yang berkedudukan tinggi kerana menerapkan sistem tulisan rumi (latin) sama dengan bahasa Inggeris, iaitu sistem alternatif yang bergerak dari kiri ke kanan. Daripada semua bahasa dunia yang menerapkan sistem tulisan rumi ini, bahasa yang paling fonemis di dunia. Bahasa Inggeris dan bahasa Perancis sebagi bahasa terkuat di dunia berada jauh di bawah bahasa Melayu dalam hal kefonemikan ini kerana kedua-dua bahasa ini sangat tidak sistematis dan tidak konsisten dari segi hubungan pengucapan dan ejaan. Ini seolah-olah sistem tulisan rumi telah diciptakan khusus untuk bahasa Melayu, satu grafem melambangkan satu fon, kecuali beberapa fon yang dilambangkan oleh dua grafen, seperti [ ] yang dilambangkan oleh `ng', dan [x] oleh `kh'.

Tatabahasa

Jika dilihat dari sudut tatabahasa terutamanya sintaksis, bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang paling mudah dipelajari. Pada dasarnya bahasa Melayu merupakan bahasa yang berpola S-V-O, sama seperti bahasa Inggeris, kata-kata nominal cenderung teriodi di depan kalimat. Urutan kata-kata dalam sintaksis bahasa Melayu sangat lentur, dan hal tersebut membuat bahasa ini dapat menyesuaikan diri untuk mengekspresikan pemikiran yang rumit. Bahasa Melayu tidak mempunyai infleksi, deklensi dan konjugari tidak terjadi sehingga bahasa ini sangat sederhana tetapi kuat dalam menunaikan tugasnya. Bahasa yang tidak mempunyai infleksi sering menjadi bahasa tona, namun bahasa Melayu bahasa tona tetapi bahasa intonasi yang membuatnya mudah dipelajari. Jadi dari sudut sintaksis, pengucapan, ejaan dan semantik, bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang sangat sederhana dan mudah dipelajari.

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU DALAM SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam sistem pendidikan Malaysia
Dalam Pelembagaan negara, tercatat dalam Fasal 152 bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Mengikut Dasar Pendidikan Negara, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah kebangsaan kerana dirasakan bahawa dasar ini akan menghasilkan sebuah masyarakat yang akan berhubung dalam satu bahasa yang sama.
Namun sedemikian, pada zaman 60-an, Penyata Razak 1956 yang dilaksanakan sebelum merdeka telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di semua peringkat sekolah. Tetapi sistem persekolahan Inggeris dikekalkan sebagaimana keadaan sebelum merdeka. Dasar bahasa ketika itu mengizinkan bahasa Inggeris memainkan peraan sebagai bahasa rasmi di samping bahasa Melayu. Bahasa - bahasa kaum lain juga dikekalkan kedudukannya.

Pencetusan peristiwa 13 Mei 1969 telah menyebabkan perubahan. Kerajaan telah membuat perubahan dalam sistem pendidiakn negara. iaitu bahasa Melayu akan mengganti bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di semua sekolah aliran Inggeris. Ini bermaksud bahasa pengantar semua sekolah aliran Inggeris akan diseragamkan dengan sekolah-sekolah aliran Melayu yang sedia ada. Kerajaan harap melalui sisitem pendidikan yang seragam akan lahir integrasi antara kaum.

Peralihan dari bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu ini dilakukan secara beransur-ansur bermula pada Januari 1970, pada peringkat Darjah 1 dan berakhir pada Disember 1982 pada peringkat tingkatan 6 atas. Ini bererti pada akhir 1980 semua calon peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan pada akhir tahun 1982 semua calon STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) menduduki peperiksaaan dalam bahasa Melayu. Maka selepas tahun 1982 ini, bolehlah dianggap sebagai titik penamat peralihan dari bahasa pengantar bahasa Inggeris ke bahasa pengantar bahasa Melayu dalam sistem persekolahan di Malaysia. Pada tahun ini juga, semua IPTA (Intitusi Pengajian Tinggi Awam) tempatan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

Ekoran daripada itu, maka lepasan IPTA tempatan mulai 1985 dan seterusnya boleh dikatakan rata-rata melalui perantaran bahasa Melayu. Ribuan mahasiswa Melayu telah dapat dihasilkan. Di samping itu, ramai penuntu Melayu dihantar ke luar negara, terutama ke negara berbahasa Inggeris, untuk melanjutkan pengajian. Walaupun mereka berbekalkan pendidikan asas dalam bahasa Melayu, mereka tetap pulang dengan kejayaan. Malaysia pula terus maju dalam bidang industri daripada industri ringan ke industri berat sehingga mampu menghasil kereta nasional yang pertama (Proton).
Keadaan ini wujud pada sekitar tahun 1980-an. Kita sebagai rakyat Malaysia berasa sungguh gembira kerana terbukti betapa berjayanya Dasar Pendidikan Negara. Kita telah menunjukkan bahawa bahasa Melayu dapat memainkan peranan yang diharapkan, iaitu sebagai bahasa permersatu masyarakat yang berbilang kaum. Bahasa Melayu turut menjadi bahasa ynag melambangkan jati sebuah negara yang berdaulat dan berjaya.
Maka pada zaman itu bahasa Melayu telah berada di kemuncak kejayaannya. Hasilnya, mengikut Hassan Ahmad (Utusan Malaysia,2 April 1998), jumlah anak Malaysia yang menjadi doktor dan pakar perubatan, sarjana universiti, ahli sains, ahli professional dalam bidang kejuruteraan, akauntansi, undang-undang dan sebagainya, yang semuanya berpendidikan dalam bahasa Melayu, makin bertambah ramai. Ahli sains atau sisiwazah sains yang telah dihasilkan sehingga akhir tahun 1997 berjumlah melebihi 40,000 orang.

Cabaran dan masalah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di Malaysia
Tetapi awam mendung mula tiba. Pada awal tahun 1990-an bahasa Melayu berhadapan dengan cabaran. Setelah berjaya menghasilkan kereta nasional yang kedua (Perodua Kancil), kerajaan dengan tiba-tiba menyaran bahawa bahasa Inggeris perlu diberi keutamaan dalam pendidikan di peringkat tinggi, kononnya untuk membolehkan Malaysia mengikuti arus memajuan. Kursus-kursus dalam bidang sains dan teknologi patut diajarkan dalam bahasa Inggeris. Ini untuk memudahkan pelajar IPTA tepatan menimba sebanyak mungkin ilmu yang berkesan.

Selain itu, kerajaan juga memperkenalkan konsep sijil terbuka. Walaupun kewujudkan sijil ini tidak menafikan kepentingan lulus bahasa Melayu dalam usaha mempeoleh sijil SPM (kerana lulus dalam mata pelajaran bahasa Melayu masih wajib), sijil terbuka dapat digunakan oleh sesipa yang tidak lulus dalam mata pelajaran bahasa Melayu untuk memasuki pengajian tinggi. Dengan kata lain, tanpa sijil SPM (yang memerlukan kelulusan mata pelajaran bahasa Melayu), seseorang pelajar masih boleh memasuki pengajian tinggi. Dengan hal semikian, kedudukan bahasa Melayu telah tergugat.

Di institusi pengajian tinggi, kedudukan bahasa Melayu terus tergugat. Pelajar dihujani kenyataan oleh banyak pihak bahawa mereka tidak akan berjaya jika tidak menguasai bahasa Inggeris. Jarang-jarang sekali terdengar suara yang memperjuangkan bahasa Melayu, yang menekankan kepentingan pembinaan masyarakat Malaysia yang kukuh dan teguh melalui Dasar Bahasa Kebangsaan. Hampir tiada suara yang menekan hakikat bahawa mereka perlu juga menguasai bahasa Melayu yang baik, dan bahasa itu boleh dan berupaya menjadi saluran pengungkapan ilmu pengetahuan yang tinggi-tinggi.
Bermula pada tahun 2002, pelajar yang ingin menjejakkan kaki di menara gading awam dikehendaki menduduki dan lulus sijil bahasa Inggeris yang bernama MUET (Malaysia University English Test). Kita tahu bahawa langkah ini diambil atas tujuan tertentu, iaitu untuk menentukan bahawa pelajar mencapai tahap pengusaan bahasa Inggeris yang baik. kita memahami sebab pihak yang berkuasa mengambil langkah ini, tetapi yang menjadi tanda tanya ialah sedarkah mereka akan implikasi langkah ini, terutama kepada kedudukan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita?

Dengan langkah ini, semua pelajar yang ingin masuk ke mana-mana universiti awam di negara hendaklah terlebih dahulu lulus ujian MUET. Jika gagal, mereka tidak akan ditimbangkan untuk kemasukan ke mana-mana universiti awam di dalam negara.
Namun, langkah ini diambil tanpa beberapa pertimbangan lain. Paling mengecewakan ialah tidak ada pertimbangan dari sudut keduduakn bahasa Melayu. Buat masa ini,walaupun kelulusan bahasa Inggeris (melalui sijil MUET ini) dipentingkan, bahkan diwajibkan, kelulusan dalam bahasa Melayu tidak penting langsung bagi masuk ke univerditi. Seseorang pelajar boleh memasuki mana-mana universiti awam atau swasta walaupun gagal dalam bahasa Melayu. Dengan kata lain, kelulusan bahasa Melayu tidak mempunyai apa-apa pengiktirafan.

Hal ini memang bertentangan dengan Dasar Pendidiakn Negara, yang diperkenalkan oleh pemimpin zaman lampau berdasarkan tujuan tertentu. Pejuang kemerdekaan dahulu, teutama dua orang Menteri Pendidikan, iaitu Tun Abdul Razak Hussin dan Datuk Rahman Talib, yang mewujubkan Dasar Pendidikan Negara, terutama untuk wujubkan perpaduan antara kaum dan membina negara yang bersatu padu.

Dalam melaksanakan pengajaran melalui bahasa Melayu, beberapa masalah telah dihadapi. Secara umum, masalah ini melibatkan isu-isu peristilahan, keterdapatan bahan bacaan dalam bahasa Melayu dan kemampuan pengajar untuk menyampaika kuliah dalam bahasa Melayu dengan baik, seperti yang telah dihuraikan oleh Wan Abu Bakar dan Tengku Mohd. Assman Sharifadeen (1983).

“Saya tertarik dengan bahasa Inggeris kerana saya hendak membaca buku-buku dalam bahasa itu yang tidak dapat saya cari dalam bahasa Melayu.” (Hassan Ahmad:1996).
Masalah peristilahan merupakan masalah kekurangan istilah. Sesungguhpun DBP (Dewan Bahasa Pustaka) telah menghasilkan 30,000 istilah, masih banyak istilah yangbelum digubal terutama dalam bidang-bidang yang khusus atau baharu. Oleh itu perlaksanakan bahasa Melayu di institusi tinggi dalam bidang-bidang ini sedikit sebanyak terbantut kecuali ada pensyarah-pensyarah yang berupaya menggubal istilah sendiri untuk kegunaan sementara. Selain masalah ini, memang tidak dapat dikatakan bahwa jumlah istilah yang ada dalam bahasa Melayu sekarang ini masih berkurangan.
Masalah yang masih serius mengenai istilah ialah masalah keselarasan di antara bidang. Ada beberapa banyak istilah dalam Istilah Kejuteraan Pengajian Tinggi tersebut misalnya, yang tidak selaras dengan istilah dalam buku-buku istilah lain yang baru diterbitkan bersam-samanya. Pada masa ini usaha penyelarasan istilah antara bidang-bidang sains sedang giat dijalankan di DBP. Diharapkan usaha ini akan menghasilkan sesuatu yang positif.

Masalah penebitan buku-buku teks dan rujukan merupakan salah satu perkara yang selalu dibincangkan. Ini adalah satu masalah yang sememangnya tidak akan dapat diselesaikan dalam jangka masa yang pendek. Secara umum, sekiranya digabungkan keenam-enam buah universiti tempatan dalam pertimbangan, sekaligus kita dapat melihat hampir 6000 buah kursus yang berasingan diajar setiap tahun. Dengan sebegitu banyak jumlah kursus yang diajar ini ternyata bahawa bilangan buku-buku teks yang berjumlah di sekitar 300 buah yang dihasilkan oleh DBP tersebut tidak akan mencukupi. Kalau satu kursus memerlukan sebuah buku teks, maka kita memerlukan 6000 buah buku.

Ada beberapa masalah yang menyukarkan usaha penebitan. Antaranya ialah kemahiran bahasa Melayu, pengetahuan pakar dalam kemahiran bahasa Melayu, pengetahuan pakar dalam bidang-bidang tertentu dan jug afaktor-faktor ekonomi. Masalah ini akan bertambah rumit lagi apabila kita memandang pada hakikat nahawa masalah besar, apatah lagi penulisan buku-buku rujukan. Antara masalah-masalah yang menghalang penghasilan buku-buku teks ini dapatlah katakanlah bahawa kefasihan semua pensyarah dalam bahasa Melayu tersebut masih merupkan faktor yang besar. Hal ini menimbulkan masalah kepada pelajar yang tidak fasih berbahasa Inggeris kerana terpaksa bergantung kepada nota kuliah semat-mata.

Kesan ini akan manjadikan kita susah dapat memcari buku ilmu tinggi dalam bahasa Melayu dalam pasaran. Lama-kelamaan orang tidak akan membeli buku dalam bahasa Melayu. Dalam pasaran hanya terdapat buku ilmu tinggi bahasa Inggeris. Kian lama buku dalam bahasa Inggerris akan tersebar luas dan menarik minat pembaca penduduk golongan menengah, golongan elit, golongan pelajar, golongan akademik.
Darjah kemampuan pensyarah untuk menyampai kuliah dalam bahasa Melayu yang baik masih boleh diraguikan kerana kebanyakan pensyarah sendiri mendapat pendidikan kejuteraaan sepenuh dalam bahasa Inggeris. Nanum usaha sesetengah pensyarah untuk menyampai kuliah dalam bahasa Melayu haruslah dipuji kerana usaha ini memerlukan tenaga dan masa yang banyak serta darjah komitmen yang tinggi.

PENUTUP

“Sesuatu bahasa itu baru dikenali dan diakui sebagai bahasa ilmu jika bahasa itu bahasa kaya dengan khazanah ilmu.” (Hassan Ahmad:1996).
Peranan bahasa Melayu sebagai nahas ilmu pengetahuan moden akan tetap kekal walaupun tidak dinafikan bahawa, di negara ini, bahasa Inggeris juga berfungsi sebagai bahasa yang menimbul ilmu. Keadaan ini tidak bercanggih kerana sudah mengkaji dasar pendidikan kita untuk menghasilkan para pelajar yang dwibahasa sifatnya.
Itulah sebabnya bahasa Inggeris telah diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran sejak tahun satu sekolah rendah. Seseorang pelajar yang telah mengikuto sekolah rendah dan menengah ,melalui system pendidikan kebangsaan dijangka telah menerima pendidikan bahasa Inggeris selama 11 tahun dan sepatunya membuat rujukan terhadap bahan-bahan yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

Untuk mengakhiri kertas kerja ini, bahasa Melayu yang telah kian lama didaulatkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu, maka kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu memang kukuh dan sesuai. Peranan yang dimainkan oleh bahasa Melayu pun dapat diakui oleh pelbagai pihak.

Bahasa Inggeris telah mengambil masa lebih 100 tahun untuk mantap sebagai bahasa ilmu, terutama sebagai bahasa sains,setelah bahasa itu mula menggantikan bahsa Latin sepenuhnya sebagai bahasa ilmu klasik. Kebanyakan negara Eropah mengambil masa lebih daripada 100 tahun untuk mencapai kemajuan yang mantap dalam bidang penerbitan buku pengajian tinggi.

Bahasa Melayu yang baru menggantikan bahasa Inggeris dalam negara ini mul;ai 1983. Oleh itu, jikalau dasar yang telah memantapkan itu diperkukuhkan melalui perlaksanaan yang tegas. Bahasa Melayu akan menjadi bahasa ilmu yang standing pengaruhnya dengan bahasa-bahasa dunia yang lain.

kepentingan teori komunikasi


Kadang-kadang kita menganggap bahawa komunikasi itu hanyalah suatu yang bersifat common sense dan setiap orang pasti mengetahui bagaimana berkomunikasi. Padahal sesungguhnya banyak yang tidak memilki ketrampilan berkomunikasi yang baik kerana ternyata banyak pesan-pesan dalam komunikasi manusia itu yang disampaikan tidak hanya dalam bentuk verbal tetapi juga nonverbal, ada ketrampilan komunikasi dalam bentuk tulisan dan oral, ada ketrampilan berkomunikasi secara interpersonal, ataupun secara kelompok sehingga kita dapat berkolaborasi sebagai anggota dengan baik, dan lain-lain. Kadang-kadang kita juga mengalami kegagalan dalam berkomunikasi. Banyak yang berpendidikan tinggi tetapi tidak memilki ketrampilan berkomunikasi secara baik dan memadai sehingga mengakibatkan kegagalan dalam berinteraksi dengan manusia lainnya. Sehingga komunikasi itu perlu kita pelajari komuniksi, padahal teori komunikasi.

Teori komunikasi merupakan kemahiran yang sangat mustahak dalam kehidupan kita. Ia bukan sahaja diperlukan dalam kita menjalani kehidupan seharian, tetapi ia juga amat penting dalam segala aktiviti profesional dan kemasyarakatan. Komunikasi merupakan kenderaan yang digunakan untuk mendapatkan ilmu, maklumat, dan idea. Dengan komunikasi jugalah kita boleh menukar fikiran orang lain.

Walau sebanyak mana idea dan ilmu yang ada pada kita, sekiranya semuanya itu tidak dapat disampaikan kepada orang lain dengan berkesan, maka tiada banyak yang dapat dimanfaatkan!

Banyak majikan yang memberikan kedudukan tertinggi kepada kemahiran berkomunikasi sebelum membuat keputusan mengambil graduan tersebut bekerja. Perkara lain yang diberikan keutamaan ialah rekod akademik, personaliti, potensi, dan kematangan calon. Lihatlah bagaimana komunikasi melebihi rekod akademik!! Ini kerana majikan tahu bahawa pekerja yang tidak pandai berkomunikasi dengan baik besar kemungkinan tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik, walau sebagus manapun rekod akademiknya.

Sekiranya kita bercita-cita untuk menjadi usahawan setelah tamat pengajian, maka kelemahan komunikasinya akan menyusahkannya. Usahawan yang tidak fasih tidak berupaya menjual idea serta produknya dengan baik kepada bakal pelanggannya. Kita juga akan merasa sukar untuk menjalin jaringan perniagaan (networking) dengan usahawan-usahawan lain. Ini semua akan menyebabkan kerjaya keusahawanannya tidak sebaik yang diharapkan.

Teori komunikasi adalah satu penyataan yang boleh menerangkan, menjelaskan sesuatu perkara, fenomena atau kejadian komunikasi tetapi oleh sebab sifatnya yang sementara maka ia berguna untuk memberi asas kepada jangkaan, ramalan dan kajian pada masa hadapan yang lebih mantap dan tegar lagi.

SAYA




hai

jumpa saya????

pengenalan teori komunikasi


Pengenalan

Semua oranga pandai berkomunikasi tetapi kenapa perlu belajar teori komunikasi? Setiap orang boleh berkomunikasi tetapi masih perlu belajar teori komunikasi. Belajar berkomunikasi dan belajar tentang komunikasi sebagai satu bidang pengajian adalah dua perkara yang berlainan. Komunikasi adalah satu bidang baru sains sosial berbanding bidang lain. Bidang komunikasi sentiasa berkembang kerana adanya kepentingan terhadap bidang berkenaan.
Definasi Komunikasi

Umumnya, konsep komunikasi agak sukar didefinisi atau ditafsirkan. Konsep komunikasi adalah subjektif dan mengandungi pelbagai makna/maksud. Masalah timbul kerana maksud komunikasi yang digunakan seharian amat berbeza daripada penggunaannya oleh para sarjana untuk tujuan kesarjanaan atau saintifik.
Dimensi definisi komunikasi dipengaruhi tahap pemerhatian, tahap tujuan dan tahap normatif. Tahap pemerhatian (observation) menyatakan bahawa terdapat definisi komunikasi yang luas dan terbatas/sempit. Tahap tujuan (intention) lebih tertumpu kepada penjelasan mengenai tujuan komunikator dalam proses komunikasi. Pertimbangan normatif (normative) mengambilkira kepentingan proses komunikasi berdasarkan realiti.

Definisi Teori

Membelajari teori adalah penting, tetapi apakah kepentingan teori kepada kita sebagai individu, anggota kumpulan dan masyarakat, ataupun rakyat sebuah Negara? Antara definisi teori adalah seperti berikut:
“Satu kenyataan yang mengandungi konsep-konsep dan perkaitan di antara yang membolehkan seseorang memahami, menjelas, menerang, menilai, membuat ramalan, dan membuat kawalan terhadap fenomena.” (Cragan & Shields, 1998).
“Satu percubaan untuk menerang atau menjelaskan satu pengalaman, satu idea tentang bagaimana sesuatu kejadian berlaku.” (Littlejohn, 1996).
“Teori adalah peta tentang kebenaran; teori adalah jawapan sementara yang dibentuk bagi persoalan yang timbul tentang sesuatu fenomena.” (Griffin, 1997)
Secara rumusnya, teori adalah sesuatu kenyataan atau penerangan yang kita bentuk untuk cuba menerangkan tentang sesuatu fenomena, ia bersifat sementara dan kita boleh membuat ujian atau kajian secara sistematik untuk menentukan sama ada penerangan atau kenyataan boleh dibuktikan benar atau sebaliknya. Kita boleh menerima, menolak atau mengubahsuai teori berdasarkan hasil kajian yang kita buat.
Kepentingan Teori

Sebagai seorang pengguna, teori komunikasi dapat membantu kita menjadi lebih berjaya dalam kehidupan kita. Kita tidak boleh hidup tanpa teori. Di sini menyenaraikan beberapa sifat kepentingan terhadap teori:

1. Sebagai panduan dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan
2. Membolehkan kita mengenalpasti pola kejadian disekeliling kita supaya dapat membuat jangkaan terhadap fenomena penting dalam kehidupan kita
3. Membantu kita membuat keputusan tentang kepentingan sesuatu perkara dan membuat ramalan tentangnya
4. Membantu kita menjadi lebih cekap dan berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah dan dengan orang lain
5. Membolehkan kita menyesuaikan diri dengan keadaan yang kompleks
6. Membantu kita melalui liku-liku hidup yang rumit dengan lebih berjaya
7. Membolehkan kita mentafsirkan kejadian secara lebih anjal (fleksibel), lebih berfaedah dan dapat membedakan baik buruk sesuatu perkara
8. Membantu kita melihat sesuatu yang tidak pernah kita lihat sebelumnya, walaupun perkara itu di depan mata kita; dan membantu kita melihat perkara yang sama dengan kacamata baru.
9. Membantu kita meluaskan tanggapan, mengatasi sesuatu yang menjadi kebiasaan; membolehkan kita menjadi semakin anjal dan mudah menyesuaikan diri dengan keadaan yang sentiasa berubah

Definisi teori komunikasi

Definisi teori komunikasi merujuk kepada hubungan di antara konsep teoritikal yang membantu memberi (secara keseluruhan atau sebahagian) keterangan, penjelasan, penilaian atau ramalan mengenai tindakan manusia berdasarkan komunikator (orang) berklomunikasi (bercakap, menulis, membaca, mendengar, menonton, dan sebagainya) untuk tempoh tertentu melalui media (bahan perkembangan teori) – (Cragan & Shields, 1998)


Fungsi teori komunikasi

Teori komunikasi adalah menjelas dan menerangkan fungsi-fungsinya seperti teori menyusun dan membuat rumusan tentang sesuatu pengalaman, teori memanjangkan ilmu, teori merangsang dan menjadikan panduan untuk kajian pada masa hadapan serta teori membantu dalam membuat sesuatu ramalan.

Teori menyusun dan membuat rumusan tentang sesuatu pengalaman adalah dapat membantu mengumpul segala pengalaman suatu perlakuan komunikasi dalam ke dalam beberapa proposisi atau pernyataan. Teori ini berjaya dan berkesan dilaksanakan di Iran semasa pemerintahan rejam Shah Iran.

Teori memanjangkan ilmu akan dapat membantu menjangkau apa yang mungkin berlaku nanti berasaskan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang sedia ada. Misalnya Harry Levinson pernah meramalkan bahawa krisis organisasi akan berterusan selagi pengurus, pegawai atasan dan pemimpin terus mengekalkan sikap asas mereka bahawa pihak yang berkuasa menganggap mereka yang tiada kuasa itu sebagai alat oleh pihak yang berkuasa kerana mereka mengekalkan struktur anakronistik organisasi yang memusnahkan nilai diri dan kejayaan individu. Menjangkau ini terbukti, bila suasana mesra berkerja tidak ada, produktif menurun, berlaku sabotaj, berlaku isolat antara kalangan staf dan akhirnya boleh memusnahkan organisasi.

Teori merangsang dan menjadikan panduan untuk kajian pada masa hadapan. Ramalan dalam sesuatu teori khususnya teori yang pernah dibuat oleh pengkaji-pengkaji terdahulu sebenarnya akan dapat membantu para pengkaji komunikasi melakukan penyelidikan seterusnya dalam bidang-bidang tertentu. Ini bermakna hasil-hasil kajian lepas boleh dijadikan garis panduan, sumber untuk melakukan atau memperlengkapkan lagi sesuatu kajian dan penyelidikan terkini.

Teori membantu dalam membuat ramalan mengandungi variabel dan hubungan di antaranya membolehkan kita membuat jangkaan tentang kejadian yang kita tidak pernah alami sebelum ini. Contohnya Ali sentiasa mematuhi arahannya, namun kerana sikap ketuanya suka mengarah yang keterlaluan dan adakalanya bersifat paksaan dan tidak toleran Sejak itu Ali telah memberi sengaja tidak memenuhi arahan bahawa ketua itu adalah ketua yang tidak beradab, berang, pemarah, tidak diplomasi dan tidak toleran. Atas peristiwa itu, Ali meramalkan dan memberi kesimpulan bahawa interaksi dan perhubungan seterus dengan ketuanya tidak lagi baik malah tidak lagi berlaku. Sehinggalah Ali ditukarkan ke lain Unit. Sehingga kini Ali dan bekas ketuanya tidak lagi bertegur sapa walaupun tersua/terjumpa.

Berdasarkan fungsi teori yang dibincangkan di atas, nyata sekali teori komunikasi dapat membantu kita melihat “dunia sebenar” dari kaca amata yang lebih khusus tentang proses komunikasi.

Perkembangan bidang komunikasi

Bidang komunikasi berkembang daripada perkara kecil kepada bidang yang utama. Kita akan membincangkan perkembangan komunikasi di negara barat dan perkembangan komunikasi Malaysia.

Perkembangan bidang komunikasi nagara barat

Menurut Griffin, zaman perkembangan komunikasi di barat dibahagian kepada 7 era. Yang pertama ialah era awal (1930-1960) :kebangkitan retolik. Dalam era ini, kritik retorik merupakan aktiviti yang sesuai, yang mana ucapan sebagai komunikasi kepada penerima yanhg khusus, dan tumpuan utama ialah analisis dan apresiasi kaedah yang digunakan oleh perucap untuk menyampaikan idea kepada para pendengar.

Seterusnya ialah era komunikasi dan sains social (1930-1960): kesan media. Harold Lasswell. Paul Lazarfeld, Kurt Lewin dan Karl Hovland telah diesahkan sebagai bapa penyelidikan komunikasi kerana menggunakan pendekatan sains perlakuan dalam kajian ke atas mesej pembujukan terhadap audiens yang ramai. Schramm diiktiraf sebagai Bapa komunikasi kerana beliau merupakan pemngasas biidang komunikasi tulen.

Era ketiga ialah era revolusi empiric (1950-1970): teori dalam tabung uji.Dalam era ini, International Communication Assocition (ICA) telah ditubuhkan dan David Berlo telah memudahkan Model Linear Komunikasi kepada 4 bahagian. Perkembangan ini menggalakkan kebanyakan jabatan di university menukar nama kepada jabatan komunikasi.

Dalam era perolakan (1960-1970): asas perlancaran komunikasi interpersonal telah membawa banyak perubahan: Komunikasi antara perseorangan telah menggantikan pitado umum, bidang yang diajar lebih menekankan kepada komunikasi bukan verbal, focus komunikasi bertukar daripada menerangkan kebenaran kapada menunjakan kesetiakan kepada pasangan dan jabatan komunikasi antara perseorangan menjadi semakin penting. Ciri perubahan ini terus berkembang ke era seterusnya yang dibincangkan di bawah.

Seterusnya, era retorik baru (1965-1980) tiba. Edvin black mengutarakan perintis cara baru menganalisis ucapan. Para sarjana menerima hakikat bahawa hasutan social dan komunikasi bukan berbal memainkan peranan penting dalam penerimaan mesej.

Era ke-6 ialah era pencarian modal sejagat (1970-1980). Zaman ini mambuat penggabunga kerana kekurangan hasil penyelidikan atau teori yang terbentuk empirical. Kuhn menyatakan bahawa sains yang matang perlu modal yang sejagat, tetapi ahli sains social dalam bidang komunikasi belum mencapai tahap ini.

Era terakhir ialah era pengolakan bidang komunikasi (1980-kini). Beberapa perkembangan telah dicapai dalam zaman ini. Antaranya: perkembangan positif dengan penubihan lebih banyak komunikasi dan libih banyak bidang pengkhususan, penyelidikan komunikasi terus berkembang dengan wujudnya rumusan penyelidikan dalam handbook, jurnal-jurnal pentelidikan komunikasi dan lain-lain.

Perkembangan bidang komunikasi Malaysia

Titik permulaan bidang komunikasi di Malaysia adalah pada sekitar tahun 1970an. Penubuhan 4 buah jabatan berkaitan komunikasi di universiti tempatan bermula dengan USM, diikuti dengan UITM,UKM dan UPM.


USm dan UKm melahirkan graduan pada peringkat Bacelor, manakala UITM dan UPM lebih tertumpu kepada melahirkan tenaga separa professional dalam bidang komunikasi bagi menampung keperluan industry kewartawanan dan penyiaran. Pada peringkat awal, kebanyakan graduan memasuk bidang komunikasi adalah daripada bidang yang berkaitan seperti sains politik, pendidikan, pengembangan sosiologi dan psikologi social.
Prof. Dr. Mohd Yusof Hussain dan Prof. Dr. Syed Arabi Idid merupakan pengasas bidang komunikasi awal yang bergelar professor. Pada tahun 1990, ramai pensyarah menceburi bidang ini adalah terlatih dalam bidang komunikasi dari university tempatan dan luar negara. Walaubagaimanapun, Perkembangan bidang komunikasi diperkembangkan mengikut acuan Malaysia.

Proses pembentukan teori komunikasi

Proses penyelidiakn penting kepada pembentukan teori komunikasi. Penyelidikan merupakan satu susunan pengalaman secara sistematik yang digunakan oleh para sarjana untuk mencari jawaban kepada persoalan-persoalan mengenai komunikasi atau fenomena-fenomena lain yang berkaitan.

Terdapat empat kaedah penyelidikan yang sering digunakan oleh penyelidikan komunkasi untuk menkaji fenomena komunikasi, iaitu eksperimen, tinjauan, analisis tekstual dan etnografi. Eksperimen dan tinjauan adalah kaedah kuantatif yang digunakan oleh ahli sains untuk kajian teori manakala analisis tekstul dan etografi adalah kaedah kualitatif yang digunakan oleh sarjana kemanusian.

Proses penyelidikan dan proses pembentukan teori

Pelbagai kaedah digunakan untuk mengetahui tentang sesuatu. Miller dan Nicholas(1976) mengatakan bahawa porses penyelidikan berlaku dalam tiga peringkat.
Peringkat pertama ialah setiap proses penyelidikan dimulakan dengan bertanyakan pelbagai soalan. Penyelidikan yang dijalankan akan cuba menjawab pelbagai soalan tersebut dengan cara teratur dan sistematik

Peringkat kedua ialah membuat pemerhatian objektif yang dikaji. Semua kaedah yang digunakan dirancang bertujuan untuk mendapat jawapan kepada persoalan yang dibentuk pada tahap pertama.

Peringkat ketiga ialah membentuk jawapan. Peringlat ini perlu memberi definisi, penerangan, membuat pertimbangan . Jawapan boleh menggalakkan kajian seterusnya
Kaedah Bentuk Keilmuan

Borman (1965) mengatakan bahawa kaedah keilmuan komunikasi terbahagi kepada 3 iaitu: keilmuan saintifik ,keilmuan humanistik dan keilmuan sains social.
Keilmuan saintifik berobjektif membentuk satu piawai untuk kegunaan bersama. Keilmuan saintifik adalah bermatlamatkan sains iaitu menjelaskan fenomena setepat mungkin. Ia sesuai untuk kajian alam semulajadi.

Keilmuan humanistik adalah berbentuk subjektif. Kaedah ini cuba memahami individu yg bersifat subjektif dan bertumpu kepada manusia atau individu. Kaedah ini sesuai untuk perkara2 seperti seni, pengalaman peribadi. Interpretasi ilmu banyak menggunakan gerak hati (intuition), kreativiti, interpretasi, pemikiran dalam (insight).

Keilmuan sains sosial mempunyai unsur sains dan kemanusiaan dan objek kajian adalah manusia. Kaedah ini cuba memahami fenomena melalui pemerhatian melalui kaedah saintifik dan bukan saintifik.