Thursday, October 15, 2009

rumusan kursus saya

akhirnya semester ini telah lepas. terima kasih banyak-banyak kepada pensyarah-pensyarah yang mengajar saya dalam semester ini. sebagai seorang mengajar dan diajar, saya agar faham situasi yang sukar ini. oleh itu , sekali lagi saya mengucapkan terima kasih atas berkorbanan pensyarah-pensyarah.
dalam semester ini, kuliah Dr. Normaliza merupakan kuliah yang paling saya takut. sebenarnya kuliah Dr. banyak praktikal dan saya sendiri adalah lebih gemar belajar atas praktikal akan tetapi peristiwa menyiapkan kerja kumpulan dan praktikal sampai larut malam memang peristiwa yang cukup pahit.
walaubagaimanapun, atas pengalaman pratikal ini, telah membolehkan saya menjawab soalan peperiksaan dengan mudah berbanding dengan kursus yang lain.
haraplah dapat keputusan yang baik.

Wednesday, October 14, 2009

hari terakhir

tolong jangan keliru, hari terakhir ini bukan hari kiamat atau apa-apa. hari ini cuma hari terakhir peperiksaaan akhir saya, akhirnya sudah sampai hari ini. semester ini memang semester paling siduk dan sukar bagi saya sepanjang 6 semester yang telah saya lalu. tetapi, hari ini ialah hari akhir, sekurang-kurangnya saya akan dapat bercuti selama 2 minggu. hehe! cuti 2 minggu.