Wednesday, April 15, 2009

Badan Kehakiman Malaysia


Kuasa dan Fungsi Kehakiman

Kehakiman merupakan satu daripada tiga badan penting dalam struktur pemerintahan di Malaysia. Badan kehakiman bertanggungjawab dalam men¬jalankan kuasa-kuasa kehakiman. Badan kehakiman juga berperanan sebagai pelindung hak-hak asasi manusia daripada sebarang pencabulan oleh orang perseorangan atau pihak kerajaan.Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa kuasa membicara, me¬nyelesaikan pertikaian dan menghukum pesalah terletak dalam kuasa badan kehakiman yang dilaksanakan oleh pihak mahkamah.

Bagi membolehkan mahkamah berfungsi secara bebas, terdapat beberapa peruntukan dalam perlembagaan yang menjamin kebebasan mahkamah supaya tidak dikawal oleh badan perundangan atau eksekutif Kuasa kehakiman di Malaysia terletak pada dua buah Mahkamah Tinggi dan beberapa mahkamah rendah. Kedua-dua Mahkamah Tinggi itu ialah Mahkamah Tinggi Malaya bagi Semenanjung Malaysia dan Mahkamah Tinggi Borneo di Sabah dan Sarawak. Kedua-dua Mahkamah Tinggi ini mempunyai kedudukan yang setaraf.
Mahkamah mempunyai bidang kuasa yang besar dalam bidang perundangan dan eksekutif, iaitu kuasa mentafsir perlembagaan dan undang-undang, kuasa mengisytiharkan sesuatu undang-undang persekutuan clan undang-undang negeri tidak sah dan batal dan kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah dan batal di sisi undang-undang. Menurut pindaan Perlembagaan Persekutuan yang dibuat pada tahun 1988, kuasa kehakiman tidak lagi berada secara eksklusif kepada pihak mahkamah. Sebaliknya, kuasa mahkamah tertakluk kepada peruntukan dalam undang¬undang persekutuan. Kuasa untuk menetapkan tempat atau mahkamah bagi perbicaraan sesuatu kes kini terletak pada Peguam Negara. Sebelum pindaan ini, kuasa memindahkan tempat bagi perbicaraan sesuatu kes berada pada pihak mahkamah sendiri.

Walau bagaimanapun, kuasa mentafsir sesuatu undang-undang masih terletak pada pihak mahkamah. Sepanjang menjalankan tugas mereka, para hakim tertakluk kepada Kod Etika Hakim yang diperkenalkan pada tahun 1994. Perkara 125 (3A), Per¬lembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong atas syor Ketua Hakim Negara, Presiders Mahkamah Rayuan clan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi setelah berunding dengan Perdana Menteri

Perlantikan Hakim

Ketua Hakim Negara merupakan ketua badan kehakiman di Malaysia. Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi serta hakim-hakim lain bagi Mahkamah Persekutuan dan makamah Tinggi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Sebelum memberi nasihat tentang perlantikan seseorang hakim, Perdana Menteri perlu meminta pandangan Ketua Hakim Negara. Begitu juga lantikan seseorang Hakim Besar, Perdana Menteri perlu berunding derma Hakim-hakim Besar yang sedia. Sekiranya perlantikan itu bagi Mahkamah Tinggi Borneo, Perdana Menteri perlu meminta pandangan daripada Ketua Menteri Sabah clan Sarawak. Yang di-Pertuan Agung atas nasihat Ketua Hakim Negara juga melantik Pesuruhjaya-pesuruhjaya Kehakiman sepenuh masa atau sambilan yang mempunyai kuasa yang sama seperti Hakim Mahkamah Tinggi. Ini bertujuan untuk meringankan beban kuasa Mahkamah Tinggi.

Hakim-hakim memegang jawatan sehingga mencapai umur persaraan 65 tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan, tetapi tidak melebihi enam bulan selepas seseorang hakim itu mencapai umur 65 tahun. Walau bagaimanapun sebelum mencapai umur tersebut, seseorang hakim boleh meletakkan jawatannya secara sukarela.

Seseorang hakim tidak boleh dilucutkan jawatannya, kecuali atas perakuan sebuah tribunal yang ditubuhkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Tribunal itu diketuai oleh Ketua Hakim Negara dan dianggotai oleh sekurang-kurangnya lima orang hakim atau bekas hakim Malaysia atau negara-negara Komanwel yang akan menjalankan siasatan clan membuat laporan serta saranan tentang perlucutan jawatan itu.
Prosedur ini memperlihatkan bahawa perlucutan jawatan hakim tidak boleh dilakukan dengan mudah. Sebaliknya, sama ada tindakan itu boleh diambil atau tidak bergantung pada laporan clan perakuan yang dibuat oleh sebuah tribunal yang dianggotai oleh hakim-hakim atau bekas hakim.


Mahkamah-mahkamah Awam di Malaysia

Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah tertinggi dan mahkamah rayuan yang muktamad di Malaysia. Sebelum 24 Jun 1994, Mahkamah Persekutuan dikenali sebagai Mahkamah Agong yang ditubuhkan untuk mengambil alih bidang kuasa Privy Council di London dalam memutuskan kes-kes rayuan.
Sebelum 1 Januari 1978, semua keputusan Mahkamah Persekutuan bagi kes-kes jenayah boleh dirayu kepada Privy Council. Sementara bagi kes-kes sivil, semua rayuan ke Privy Council ditamatkan mulai 1 Januari 1985. Mahkamah Persekutuan ditubuhkan mengikut peruntukan Perkara 121, perlembagaan Persekutuan. Mahkamah ini merupakan mahkamah rayuan yang terakhir dan segala keputusannya adalah muktamad dan berbentuk pengisytiharan.

Mahkamah Persekutuan dianggotai oleh Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Borneo serta tujuh orang hakim lain. Mahkamah Persekutuan biasanya bersidang dalam panel yang mengandungi tiga orang hakim (dalam angka ganjil) yang dipilih oleh Ketua Hakim Negara.
Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa untuk

Mendengar dan menentukan rayuan kes-kes jenayah dan sivil terhadap keputusan Mahkamah Tinggi
Menentukan rayuan perkara undang-undang yang mempunyai kepentingan umum dalam kes-kes jenayah daripada Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi
Menentukan hujah undang-undang yang dirujuk oleh Mahkamah Tinggi bagi menjalankan kuasa pengadilan jenayah asalnya
Menentukan kesah undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
Memutuskan pertikaian antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat atau pertikaian antara kerajaan negeri
Menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam menguatkuasakan mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan

No comments:

Post a Comment