Wednesday, April 15, 2009

pengenalan teori komunikasi


Pengenalan

Semua oranga pandai berkomunikasi tetapi kenapa perlu belajar teori komunikasi? Setiap orang boleh berkomunikasi tetapi masih perlu belajar teori komunikasi. Belajar berkomunikasi dan belajar tentang komunikasi sebagai satu bidang pengajian adalah dua perkara yang berlainan. Komunikasi adalah satu bidang baru sains sosial berbanding bidang lain. Bidang komunikasi sentiasa berkembang kerana adanya kepentingan terhadap bidang berkenaan.
Definasi Komunikasi

Umumnya, konsep komunikasi agak sukar didefinisi atau ditafsirkan. Konsep komunikasi adalah subjektif dan mengandungi pelbagai makna/maksud. Masalah timbul kerana maksud komunikasi yang digunakan seharian amat berbeza daripada penggunaannya oleh para sarjana untuk tujuan kesarjanaan atau saintifik.
Dimensi definisi komunikasi dipengaruhi tahap pemerhatian, tahap tujuan dan tahap normatif. Tahap pemerhatian (observation) menyatakan bahawa terdapat definisi komunikasi yang luas dan terbatas/sempit. Tahap tujuan (intention) lebih tertumpu kepada penjelasan mengenai tujuan komunikator dalam proses komunikasi. Pertimbangan normatif (normative) mengambilkira kepentingan proses komunikasi berdasarkan realiti.

Definisi Teori

Membelajari teori adalah penting, tetapi apakah kepentingan teori kepada kita sebagai individu, anggota kumpulan dan masyarakat, ataupun rakyat sebuah Negara? Antara definisi teori adalah seperti berikut:
“Satu kenyataan yang mengandungi konsep-konsep dan perkaitan di antara yang membolehkan seseorang memahami, menjelas, menerang, menilai, membuat ramalan, dan membuat kawalan terhadap fenomena.” (Cragan & Shields, 1998).
“Satu percubaan untuk menerang atau menjelaskan satu pengalaman, satu idea tentang bagaimana sesuatu kejadian berlaku.” (Littlejohn, 1996).
“Teori adalah peta tentang kebenaran; teori adalah jawapan sementara yang dibentuk bagi persoalan yang timbul tentang sesuatu fenomena.” (Griffin, 1997)
Secara rumusnya, teori adalah sesuatu kenyataan atau penerangan yang kita bentuk untuk cuba menerangkan tentang sesuatu fenomena, ia bersifat sementara dan kita boleh membuat ujian atau kajian secara sistematik untuk menentukan sama ada penerangan atau kenyataan boleh dibuktikan benar atau sebaliknya. Kita boleh menerima, menolak atau mengubahsuai teori berdasarkan hasil kajian yang kita buat.
Kepentingan Teori

Sebagai seorang pengguna, teori komunikasi dapat membantu kita menjadi lebih berjaya dalam kehidupan kita. Kita tidak boleh hidup tanpa teori. Di sini menyenaraikan beberapa sifat kepentingan terhadap teori:

1. Sebagai panduan dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan
2. Membolehkan kita mengenalpasti pola kejadian disekeliling kita supaya dapat membuat jangkaan terhadap fenomena penting dalam kehidupan kita
3. Membantu kita membuat keputusan tentang kepentingan sesuatu perkara dan membuat ramalan tentangnya
4. Membantu kita menjadi lebih cekap dan berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah dan dengan orang lain
5. Membolehkan kita menyesuaikan diri dengan keadaan yang kompleks
6. Membantu kita melalui liku-liku hidup yang rumit dengan lebih berjaya
7. Membolehkan kita mentafsirkan kejadian secara lebih anjal (fleksibel), lebih berfaedah dan dapat membedakan baik buruk sesuatu perkara
8. Membantu kita melihat sesuatu yang tidak pernah kita lihat sebelumnya, walaupun perkara itu di depan mata kita; dan membantu kita melihat perkara yang sama dengan kacamata baru.
9. Membantu kita meluaskan tanggapan, mengatasi sesuatu yang menjadi kebiasaan; membolehkan kita menjadi semakin anjal dan mudah menyesuaikan diri dengan keadaan yang sentiasa berubah

Definisi teori komunikasi

Definisi teori komunikasi merujuk kepada hubungan di antara konsep teoritikal yang membantu memberi (secara keseluruhan atau sebahagian) keterangan, penjelasan, penilaian atau ramalan mengenai tindakan manusia berdasarkan komunikator (orang) berklomunikasi (bercakap, menulis, membaca, mendengar, menonton, dan sebagainya) untuk tempoh tertentu melalui media (bahan perkembangan teori) – (Cragan & Shields, 1998)


Fungsi teori komunikasi

Teori komunikasi adalah menjelas dan menerangkan fungsi-fungsinya seperti teori menyusun dan membuat rumusan tentang sesuatu pengalaman, teori memanjangkan ilmu, teori merangsang dan menjadikan panduan untuk kajian pada masa hadapan serta teori membantu dalam membuat sesuatu ramalan.

Teori menyusun dan membuat rumusan tentang sesuatu pengalaman adalah dapat membantu mengumpul segala pengalaman suatu perlakuan komunikasi dalam ke dalam beberapa proposisi atau pernyataan. Teori ini berjaya dan berkesan dilaksanakan di Iran semasa pemerintahan rejam Shah Iran.

Teori memanjangkan ilmu akan dapat membantu menjangkau apa yang mungkin berlaku nanti berasaskan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang sedia ada. Misalnya Harry Levinson pernah meramalkan bahawa krisis organisasi akan berterusan selagi pengurus, pegawai atasan dan pemimpin terus mengekalkan sikap asas mereka bahawa pihak yang berkuasa menganggap mereka yang tiada kuasa itu sebagai alat oleh pihak yang berkuasa kerana mereka mengekalkan struktur anakronistik organisasi yang memusnahkan nilai diri dan kejayaan individu. Menjangkau ini terbukti, bila suasana mesra berkerja tidak ada, produktif menurun, berlaku sabotaj, berlaku isolat antara kalangan staf dan akhirnya boleh memusnahkan organisasi.

Teori merangsang dan menjadikan panduan untuk kajian pada masa hadapan. Ramalan dalam sesuatu teori khususnya teori yang pernah dibuat oleh pengkaji-pengkaji terdahulu sebenarnya akan dapat membantu para pengkaji komunikasi melakukan penyelidikan seterusnya dalam bidang-bidang tertentu. Ini bermakna hasil-hasil kajian lepas boleh dijadikan garis panduan, sumber untuk melakukan atau memperlengkapkan lagi sesuatu kajian dan penyelidikan terkini.

Teori membantu dalam membuat ramalan mengandungi variabel dan hubungan di antaranya membolehkan kita membuat jangkaan tentang kejadian yang kita tidak pernah alami sebelum ini. Contohnya Ali sentiasa mematuhi arahannya, namun kerana sikap ketuanya suka mengarah yang keterlaluan dan adakalanya bersifat paksaan dan tidak toleran Sejak itu Ali telah memberi sengaja tidak memenuhi arahan bahawa ketua itu adalah ketua yang tidak beradab, berang, pemarah, tidak diplomasi dan tidak toleran. Atas peristiwa itu, Ali meramalkan dan memberi kesimpulan bahawa interaksi dan perhubungan seterus dengan ketuanya tidak lagi baik malah tidak lagi berlaku. Sehinggalah Ali ditukarkan ke lain Unit. Sehingga kini Ali dan bekas ketuanya tidak lagi bertegur sapa walaupun tersua/terjumpa.

Berdasarkan fungsi teori yang dibincangkan di atas, nyata sekali teori komunikasi dapat membantu kita melihat “dunia sebenar” dari kaca amata yang lebih khusus tentang proses komunikasi.

Perkembangan bidang komunikasi

Bidang komunikasi berkembang daripada perkara kecil kepada bidang yang utama. Kita akan membincangkan perkembangan komunikasi di negara barat dan perkembangan komunikasi Malaysia.

Perkembangan bidang komunikasi nagara barat

Menurut Griffin, zaman perkembangan komunikasi di barat dibahagian kepada 7 era. Yang pertama ialah era awal (1930-1960) :kebangkitan retolik. Dalam era ini, kritik retorik merupakan aktiviti yang sesuai, yang mana ucapan sebagai komunikasi kepada penerima yanhg khusus, dan tumpuan utama ialah analisis dan apresiasi kaedah yang digunakan oleh perucap untuk menyampaikan idea kepada para pendengar.

Seterusnya ialah era komunikasi dan sains social (1930-1960): kesan media. Harold Lasswell. Paul Lazarfeld, Kurt Lewin dan Karl Hovland telah diesahkan sebagai bapa penyelidikan komunikasi kerana menggunakan pendekatan sains perlakuan dalam kajian ke atas mesej pembujukan terhadap audiens yang ramai. Schramm diiktiraf sebagai Bapa komunikasi kerana beliau merupakan pemngasas biidang komunikasi tulen.

Era ketiga ialah era revolusi empiric (1950-1970): teori dalam tabung uji.Dalam era ini, International Communication Assocition (ICA) telah ditubuhkan dan David Berlo telah memudahkan Model Linear Komunikasi kepada 4 bahagian. Perkembangan ini menggalakkan kebanyakan jabatan di university menukar nama kepada jabatan komunikasi.

Dalam era perolakan (1960-1970): asas perlancaran komunikasi interpersonal telah membawa banyak perubahan: Komunikasi antara perseorangan telah menggantikan pitado umum, bidang yang diajar lebih menekankan kepada komunikasi bukan verbal, focus komunikasi bertukar daripada menerangkan kebenaran kapada menunjakan kesetiakan kepada pasangan dan jabatan komunikasi antara perseorangan menjadi semakin penting. Ciri perubahan ini terus berkembang ke era seterusnya yang dibincangkan di bawah.

Seterusnya, era retorik baru (1965-1980) tiba. Edvin black mengutarakan perintis cara baru menganalisis ucapan. Para sarjana menerima hakikat bahawa hasutan social dan komunikasi bukan berbal memainkan peranan penting dalam penerimaan mesej.

Era ke-6 ialah era pencarian modal sejagat (1970-1980). Zaman ini mambuat penggabunga kerana kekurangan hasil penyelidikan atau teori yang terbentuk empirical. Kuhn menyatakan bahawa sains yang matang perlu modal yang sejagat, tetapi ahli sains social dalam bidang komunikasi belum mencapai tahap ini.

Era terakhir ialah era pengolakan bidang komunikasi (1980-kini). Beberapa perkembangan telah dicapai dalam zaman ini. Antaranya: perkembangan positif dengan penubihan lebih banyak komunikasi dan libih banyak bidang pengkhususan, penyelidikan komunikasi terus berkembang dengan wujudnya rumusan penyelidikan dalam handbook, jurnal-jurnal pentelidikan komunikasi dan lain-lain.

Perkembangan bidang komunikasi Malaysia

Titik permulaan bidang komunikasi di Malaysia adalah pada sekitar tahun 1970an. Penubuhan 4 buah jabatan berkaitan komunikasi di universiti tempatan bermula dengan USM, diikuti dengan UITM,UKM dan UPM.


USm dan UKm melahirkan graduan pada peringkat Bacelor, manakala UITM dan UPM lebih tertumpu kepada melahirkan tenaga separa professional dalam bidang komunikasi bagi menampung keperluan industry kewartawanan dan penyiaran. Pada peringkat awal, kebanyakan graduan memasuk bidang komunikasi adalah daripada bidang yang berkaitan seperti sains politik, pendidikan, pengembangan sosiologi dan psikologi social.
Prof. Dr. Mohd Yusof Hussain dan Prof. Dr. Syed Arabi Idid merupakan pengasas bidang komunikasi awal yang bergelar professor. Pada tahun 1990, ramai pensyarah menceburi bidang ini adalah terlatih dalam bidang komunikasi dari university tempatan dan luar negara. Walaubagaimanapun, Perkembangan bidang komunikasi diperkembangkan mengikut acuan Malaysia.

Proses pembentukan teori komunikasi

Proses penyelidiakn penting kepada pembentukan teori komunikasi. Penyelidikan merupakan satu susunan pengalaman secara sistematik yang digunakan oleh para sarjana untuk mencari jawaban kepada persoalan-persoalan mengenai komunikasi atau fenomena-fenomena lain yang berkaitan.

Terdapat empat kaedah penyelidikan yang sering digunakan oleh penyelidikan komunkasi untuk menkaji fenomena komunikasi, iaitu eksperimen, tinjauan, analisis tekstual dan etnografi. Eksperimen dan tinjauan adalah kaedah kuantatif yang digunakan oleh ahli sains untuk kajian teori manakala analisis tekstul dan etografi adalah kaedah kualitatif yang digunakan oleh sarjana kemanusian.

Proses penyelidikan dan proses pembentukan teori

Pelbagai kaedah digunakan untuk mengetahui tentang sesuatu. Miller dan Nicholas(1976) mengatakan bahawa porses penyelidikan berlaku dalam tiga peringkat.
Peringkat pertama ialah setiap proses penyelidikan dimulakan dengan bertanyakan pelbagai soalan. Penyelidikan yang dijalankan akan cuba menjawab pelbagai soalan tersebut dengan cara teratur dan sistematik

Peringkat kedua ialah membuat pemerhatian objektif yang dikaji. Semua kaedah yang digunakan dirancang bertujuan untuk mendapat jawapan kepada persoalan yang dibentuk pada tahap pertama.

Peringkat ketiga ialah membentuk jawapan. Peringlat ini perlu memberi definisi, penerangan, membuat pertimbangan . Jawapan boleh menggalakkan kajian seterusnya
Kaedah Bentuk Keilmuan

Borman (1965) mengatakan bahawa kaedah keilmuan komunikasi terbahagi kepada 3 iaitu: keilmuan saintifik ,keilmuan humanistik dan keilmuan sains social.
Keilmuan saintifik berobjektif membentuk satu piawai untuk kegunaan bersama. Keilmuan saintifik adalah bermatlamatkan sains iaitu menjelaskan fenomena setepat mungkin. Ia sesuai untuk kajian alam semulajadi.

Keilmuan humanistik adalah berbentuk subjektif. Kaedah ini cuba memahami individu yg bersifat subjektif dan bertumpu kepada manusia atau individu. Kaedah ini sesuai untuk perkara2 seperti seni, pengalaman peribadi. Interpretasi ilmu banyak menggunakan gerak hati (intuition), kreativiti, interpretasi, pemikiran dalam (insight).

Keilmuan sains sosial mempunyai unsur sains dan kemanusiaan dan objek kajian adalah manusia. Kaedah ini cuba memahami fenomena melalui pemerhatian melalui kaedah saintifik dan bukan saintifik.

No comments:

Post a Comment