Wednesday, April 15, 2009

kepentingan teori komunikasi


Kadang-kadang kita menganggap bahawa komunikasi itu hanyalah suatu yang bersifat common sense dan setiap orang pasti mengetahui bagaimana berkomunikasi. Padahal sesungguhnya banyak yang tidak memilki ketrampilan berkomunikasi yang baik kerana ternyata banyak pesan-pesan dalam komunikasi manusia itu yang disampaikan tidak hanya dalam bentuk verbal tetapi juga nonverbal, ada ketrampilan komunikasi dalam bentuk tulisan dan oral, ada ketrampilan berkomunikasi secara interpersonal, ataupun secara kelompok sehingga kita dapat berkolaborasi sebagai anggota dengan baik, dan lain-lain. Kadang-kadang kita juga mengalami kegagalan dalam berkomunikasi. Banyak yang berpendidikan tinggi tetapi tidak memilki ketrampilan berkomunikasi secara baik dan memadai sehingga mengakibatkan kegagalan dalam berinteraksi dengan manusia lainnya. Sehingga komunikasi itu perlu kita pelajari komuniksi, padahal teori komunikasi.

Teori komunikasi merupakan kemahiran yang sangat mustahak dalam kehidupan kita. Ia bukan sahaja diperlukan dalam kita menjalani kehidupan seharian, tetapi ia juga amat penting dalam segala aktiviti profesional dan kemasyarakatan. Komunikasi merupakan kenderaan yang digunakan untuk mendapatkan ilmu, maklumat, dan idea. Dengan komunikasi jugalah kita boleh menukar fikiran orang lain.

Walau sebanyak mana idea dan ilmu yang ada pada kita, sekiranya semuanya itu tidak dapat disampaikan kepada orang lain dengan berkesan, maka tiada banyak yang dapat dimanfaatkan!

Banyak majikan yang memberikan kedudukan tertinggi kepada kemahiran berkomunikasi sebelum membuat keputusan mengambil graduan tersebut bekerja. Perkara lain yang diberikan keutamaan ialah rekod akademik, personaliti, potensi, dan kematangan calon. Lihatlah bagaimana komunikasi melebihi rekod akademik!! Ini kerana majikan tahu bahawa pekerja yang tidak pandai berkomunikasi dengan baik besar kemungkinan tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik, walau sebagus manapun rekod akademiknya.

Sekiranya kita bercita-cita untuk menjadi usahawan setelah tamat pengajian, maka kelemahan komunikasinya akan menyusahkannya. Usahawan yang tidak fasih tidak berupaya menjual idea serta produknya dengan baik kepada bakal pelanggannya. Kita juga akan merasa sukar untuk menjalin jaringan perniagaan (networking) dengan usahawan-usahawan lain. Ini semua akan menyebabkan kerjaya keusahawanannya tidak sebaik yang diharapkan.

Teori komunikasi adalah satu penyataan yang boleh menerangkan, menjelaskan sesuatu perkara, fenomena atau kejadian komunikasi tetapi oleh sebab sifatnya yang sementara maka ia berguna untuk memberi asas kepada jangkaan, ramalan dan kajian pada masa hadapan yang lebih mantap dan tegar lagi.

No comments:

Post a Comment